Monday, June 27, 2016
Anda selalu Gagal Semasa Temuduga? Ini Mungkin Sebab Kenapa Anda Gagal
Saya yakin dan pasti ramai diantara pernah pergi ke temuduga. Ada yang lulus dan ada yang gagal. Kajian menunjukkan ramai calon yang ke temuduga gagal adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
1. Datang Lewat Semasa Temuduga
Calon tidak peka dengan tarikh dan waktu temuduga sehingga menyebabkan mereka kelewatan. Untuk menjadi calon yang baik, anda perlu hadir ke temuduga setengah jam lebih awal. Time is gold.
2. Penampilan Diri
Berpakaian selekeh atau tidak sesuai boleh menyebabkan anda di pandang serong oleh panel temuduga. Jika calon memakai pakaian yang kemas dan segak, ia pasti membuat panel temuduga selesa dan urusan temuduga menjadi lebih mudah
3. Kurang aktif semasa sesi temuduga
Sebagai seorang calon temuduga, anda perlu aktif dan sentiasa memberikan idea yang bernas kepada setiap persoalan yang ditanya, tidak memberi ruang untuk panel penemuduga memikirkan soalan yang mahu disoal
4. Kurang pengetahuan terhadap peranan jawatan yang di pohon
Antara perkara penting semasa sesi temuduga ialah pengetahuan calon tentang peranan jawatan yang di sandang. Untuk pengetahuan anda, pihak syarikat lebih terbuka untuk mengambil calon yang tahu peranan jawatan yang mereka pohon
5. "ZERO" isu semasa
Kadang-kadang panel temuduga akan bertanya soalan yang diluar jangkaan calon iaitu tentang isu semasa yang berlaku semalam atau pagi tadi
Oleh itu, calon perlu "alert" tentang isu semasa yang berlaku disekeliling mereka
6. Menjawab dengan POYO tau OVER CONFIDENT
Calon kelihatan yakin ketika menjawab soalan tetapi jawapannya lebih kepada memberi pengiktirafan kepada diri sendiri tanpa ada bukti yang kukuh
Ini akan menjejaskan reputasi sebagai seorang calon temuduga
Labels:
kacak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment