Saturday, July 2, 2016
Bagaimana ingin menjadi lelaki pujaan wanita??
Setiap lelaki ingin mendapatkan perhatian seorang wanita akan tetapi untuk mendapatkan perhatian seorang wanita bukanlah mudah . Hanya mereka yang memiliki kemahiran tertentu sahaja yang dapat menarik perhatian wanita . Oleh yang demikian, hari ni abam nak kongikan cara cara bagaimana ingin menjadi lelaki pujaan wanita .
1. JADI DIRI SENDIRI
Jadi diri sendiri adalah perkara terbaik yang perlu anda lakukan . Tidak semestinya ketika ingin menjadi lelaki pujaan wanita malah dalam apa jua keadaan sekalipun . Jangan berlakon semata-mata hanya untuk mednapat perhatian wanita . Wanita lebih gemar lelaki yang menjadi diri sendiri .
2. BERBANGGA DENGAN DIRI SENDIRI
Maksud berbangga dengan diri sendiri bukanlah kita bersikap bangga diri atau riak . Akan tetapi maksud berbangga diri di sini ialah kita mampu menjadi pelindung kepada wanita. Kita juga tidak bersikap terlalu merendah diri bila berhadapan dengan kaum wanita atau erti kata yang lain kita yakin dengan diri kita .
3. BERTANGGUNGJAWAB
Ini elemen yang agak penting untuk menjadi lelaki pujaan wanita. Sentiasa bertanggungjawab dalam setiap keputusan dan tindakan yang anda lakukan . Jangan suka menyalahkan orang lain . Wanita akan perasan seseorang lelaki itu mempunyai sikap tanggungjawab atau tidak .
4. MATANG
Bertindak atauberfikir seiring dengan usia anda . Jangan jadi lelaki yang bersikap terlalu kebudak-budakkan . Bijak dalam setiap situasi atau perkara .
5. LELAKI YANG BERCITA-CITA
Wanita gemar pada lelaki yang bercita-cita dan mempunyai perancangan dalam hidup . Ini kerana wanita inginkan jaminan kebahagiaan kerana anda sudah mempunyai matlamat hidup .
Labels:
cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment