Masuk sahaja bulan Ramadhan ramai kawan yang mesej abang.
Nak tahu amalan diet apa yang abang buat sepanjang Ramadhan ini. Di samping
melaksanakan ibadah yang mulia, ramai juga bercita-cita untuk kuruskan badan.
Disebabkan mesej kau orang yang terlalu banyak itu sampai
abang tak sempat balas maka abang tulis ini. Kau boleh baca dan terus amalkan
ya.
1. Jangan tinggal sahur
Jangan tinggal sahur walaupun hanya dengan sebiji kurma.
Sahur adalah sunnah. Jangan sebab alasan nak diet dan kurus maka kau tinggalkan
sunnah ini.
2. Makanan rendah kalori
Semasa sahur pilihlah makanan yang tidak tinggi kalori,
tinggi garam dan kurangkan makanan berlemak. (Elak lauk sahur kau orang dengan
ikan masin, telur masin, mee segera atau sardin dan seumpamanya)
3. Pengambilan nasi / bihun / mee
Tidak ada masalah untuk ambil nasi/ bihun/ mee/ kuetiow
semasa sahur. Asal jumlah segenggam. Namun untuk jimatkan lagi kalori, kau
boleh ambil karbo kompleks yang lain. Sama ada roti wholemeal atau pun oat.
4. Minuman manis
Tinggalkan segala minuman manis atau berkafien sepanjang
sahur. Kau minumlah air kosong banyak-banyak. Kau kena tahu air kosong
selamanya kosong kalori.
5. Kuantiti makanan semasa berbuka
Semasa berbuka puasa, tidak ada masalah untuk ambil makanan
yang lebih banyak berbanding semasa sahur. Namun pastikan makanan itu makanan
yang berkualiti.
6. Mulakan berbuka dengan kurma dan air manis seteguk sahaja
Hehe. Abang tahu kau susah nak buat benda ini tapi
percayalah dalam masa seminggu kau dah boleh lihat kesan pada perut kau.
Belajarlah untuk minum air kosong.
7. Lauk pauk jenis rebus
Untuk lauk berbuka kalau kau tanya, abang suka pilih yang
rebus-rebus atau pun bakar-bakar. Ikan masak asam pedas, ayam golek, ayam sambal
ini semua kegemaran abang. Jangan ambil yang bergoreng atau yang banyak guna
sos atau kicap. (Charkuetiow, KFC, etc) Lebihkan yang bakar dan rebus.
8. Sayur dan buah-buahan
Sayur dan buah-buahan adalah menu yang jangan kau tinggalkan
sebagai tambahan serat dan vitamin dalam badan. Barulah makanan itu jadi
seimbang dan kau akan nampak lebih bertenaga dan tidaklah kurus dalam keadaan
yang nampak letih.
Ini semua apa yang abang buat sewaktu diet dahulu. Jujur
kalau kau boleh konsisten dengan garis panduan yang abang beri kau tak perlu
pun nak habis ribuaan ringgit untuk kurus.
Kau tahu kawan. Tidak ada masalah pun jika Ramadhan ini kau
ingin jadikan titik permulaan untuk hijrah ke arah yang lebih baik. Ibadah
tetap ibadah. Jika kau niatkan kurus ini adalah untuk memudahkan urusan ibadah
kau dan kerana Allah maka pahala yang juga kau dapat.
Ini sahaja tip dari abang. Terima kasih sebab kau sudi baca
sampai habis.
Sumber : The Vocket
Sumber : The Vocket
No comments:
Post a Comment