Setiap barangan mempunyai kelebihan dan tujuan kegunaan masing masing. Berbalik kepada masalah berkaitan dengan rambut. Ramai yang keliru dengan produk yang sesuai dengan keinginan bentuk rambut mereka. Pakai itu tak puas hati, pakai yang ni pun tak puas hati. Tahukah anda kesilapan memilih produk juga boleh menyebabkan masalah kepada rambut anda? Masalah apa, nanti kami cerita, sekarang fokus untuk kelebihan dan kegunaan produk dulu. Ok?
1. Cream
Merupakan asas dalam produk penjagaan rambut. Ia mempunyai hold yang rendah dan kurang berkilat. Tak hairan lah bila kita pakai cream sejam dua lepas tu rambut dah balik pada asal.
2. Gel
Mempunyai hold yang kuat tetapi tidak dapat bertahan dalam masa yang lama. Gel juga memberikan rambut anda kelihatan kilat. Gel ini selalu dipakai oleh mereka yang berambut spiky, kerana gel mengeras dengan cepat dan tidak sesuai untuk membuat style rambut yang lebih classic.
3. Wax
Memberikan rambut anda berkilat sepanjang hari. Wax sesuai digayakan dengan rambut terbaru, ala ala kpop seikit. Untuk gaya rambut yang lebih classic.
4. Clay
Berfungsi memberikan hold yang lama tetapi kurang kelihatan berkilat. Clay sesuai digayakan dengan rambut classic dan terbaru.
5. Pomade
Pomade terbahagi kepada dua finish iaitu shine dan matte. Shine memberi rambut anda kelihatan sangat berkilat manakala matte kurang kilatnya. Pomade juga memberi hold yang sangat lama kira kira dalam 8-10 jam. Sesuai untuk dipakai untuk aktiviti outdoor dan indoor. Dan sesuai digayakan dengan fesyen rambut seperti artis Hollywood dan Pemain Bola Sepak, seperti David Beckham, De Gea dan Chris Evans.
No comments:
Post a Comment