Ketika berumur 11 tahun, Cristiano Ronaldo berpindah ke Portugal untuk menyertai Sporting Lisbon. Ketika umurnya 14 tahun, bapanya menjadi penagih alkohol dan abangnya bergelut dengan ketagihan. Ini membuat beliau menjadi lebih kuat. Bapanya mati ketika Cristiano Ronaldo berumur 20 tahun, dengan itu beliau telah menahan diri daripada meminum alkohol dan menyokong abangnya sepenuhnya.
Di samping itu, Ronaldo juga membantu ramai orang, tetapi hanya beberapa sahaja yang menjadi tumpuan. Ketika beliau meminta untuk mendermakan baju beliau untuk mengutip dana untuk pembedahan penting kanak kanak berumur 11 bulan, Erik. Beliau bukan sahaja mendermakan baju beliau, malah membayar rawatan penuh untuk kanak kanak itu.
Pada tahun 2005, beliau melawat Martunis, seorang mangsa tsunami Indonesia, Beliau mengutip dana dan membayar persekolahan Martunis, Kini Martunis telah bermain untuk Sporting Lisbon, kelab lama Cristiano Ronaldo.
Cristiano Ronaldo juga tidak memiliki sebarang tattoo kerana beliau ialah seorang penderma darah tetap.
Ronaldo percaya dan berpegang dengan kata kata Englishman yang mengatakan
The More You Give, The More You Get Back
No comments:
Post a Comment