Kita mungkin perasan perkataan sangat sinonim dengan mereka yang berjaya dalam pekerjaan mereka ataupun bisnes mereka. Contohnya dari segi mereka berpakaian, mereka menggayakan rambut mereka,cara bercakap dan sebagainya.
Perasan tak? Sedar tak sedar, dengan benda yang sama ini, mereka telah menjadi ikon yang kita ingati sampai sekarang sebut saja nama, kita boleh ingat apa yang mereka pakai dan perwatakan mereka. Jadi kami akan terangkan bagaimana perkataan sama jadi kunci kejayaan mereka.
1. Sama pakaiannya
Mereka sering memakai pakaian yang sama. Ini kerana mereka tidak mempunyai lebih masa untuk ditumpukan selain daripada bisnes atau karier mereka. Kajian juga menyatakan mereka yang sering memakai pakaian yang sama mempunyai risiko yang sangat rendah untuk mengalami stress.
Outfit Steve Jobs dari 1998 hingga 2010
2. Sama Gaya Rambutnya.
Bila gaya rambut kita sama saja dari dulu hingga sekarang, agak agaknya mudah tak kits dikenali? Itu lah yang dipraktiskan oleh CEO Facebook, Mark Zuckerberg dari tahun 2004 hingga 2016. Gaya rambut beliau masih lagi sama. Senang dikenali, bukan
3. Perwatakan Yang Sama.
Perwatakan memang jelas lah tidak dapat ditukar, ia mengambil masa yang sama untuk berubah sesuatu perwatakan. Tetapi mereka yang mempunyai perwatakan yang sama ini, sering kita ingati wataknya. Contohnya, Mr Bean, senang kita ingatkan, sering buat benda yang tak masuk akal.
Semua benda sama, jadi begitulah bagaimana perkataan "Sama" ini jadi kunci kejayaan mereka.
No comments:
Post a Comment