Bola sepak sejak era 60-an sudah menyaksikan banyak
pemain-pemain bola sepak yang menggayakan fesyen dandanan rambut terkini.
…atau Aaron Ramsey (walaupun kami agak kurang gemar dengan
warna blonde yang dipilihnya, tapi itu cerita lain).
Masalah akan timbul apabila pemain-pemain terlalu mengambil
kira dan masa menjaga kerapian rambutnya di atas padang (supaya nampak cantik
di kamera TV) daripada bermain bola sepak.
Inilah suara-suara bising yang dilontarkan oleh penyokong
Wales apabila melihat pemain bintang skuad kebangsaan mereka, Gareth Bale
menghabiskan terlalu banyak masa membetulkan rambutnya yang panjang.
Buat prosedur atau botak terus!
Kami percaya isu gaya rambut pemain bola sepak adalah isu
peribadi pemain. Mereka berhak untuk menentukan gaya rambut yang mereka suka.
Apa yang penting adalah persembahan mereka di atas padang.
Tetapi bagi seorang penyokong Wales di Reddit, beliau
berpendapat Gareth Bale terlalu banyak menghabiskan masa membetulkan rambut
panjangnya kerana – mahu menyorok masalah botaknya.
“Saya rasa anda dah
tahu bahawa Bale sedang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk.”
“Ia bukanlah satu masalah. Ramai lelaki yang menghadapi
masalah ini pada usia yang muda.”
“Tapi sejak kebelakangan ini, usahanya untuk menyorok tempat
botak di kepalanya membuatkan beliau mengambil masa lebih lama untuk
membetulkan rambutnya – sehingga kadang kala, beliau terpaksa berhenti bermain
sekejap.”
Penyokong Wales ini turut melihat perubahan gaya permainan
Bale sejak berambut panjang.
“Semasa Wales menang lawan Slovakia tempoh hari, masalah
keguguran rambut membuatkannya nampak keberatan untuk memecut atau melakukan
tackle – mungkin dia takut ikatan rambutnya terlerai.”
Komen ini mengingatkan kami kepada Andre Agassi – pemain
tenis Amerika Syarikat – yang pernah tewas kejohanan Terbuka Perancis kerana
tak mahu rambut palsunya terlucut.
Beliau kemudiannya mencadangkan Bale supaya membotakkan
kepalanya terus seperti bosnya, Zinedine Zidane.
“Saya tak faham kenapa dia tak botakkam sahaja kepalanya
macam (Zinedine) Zidane. Adakah dia takut akan jadi kurang popular bila dah
botak?”
“Jika dia takut botak pun, gunakanlah duitnya yang banyak
itu untuk membuat rawatan penyambungan rambut seperti (Wayne) Rooney dan (Cesc)
Fabregas.”
Prosedur kosmetik bukan asing
Berdasarkan kajian kami terhadap artikel-artikel lama Gareth
Bale di Tottenham Hotspur, beliau sebenarnya pernah ditempelak oleh Harry
Redknapp atas masalah sama.
Pengurus Spurs ketika itu, Harry Redknapp pernha memberitahu
media keobsesan Bale membetulkan rambutnya:
“Kadang-kala, dia buat saya bengang dalam latihan. Dari segi
teknikal, beliau memang sangat bagus. Tapi dia selalu sangat bermain-main
dengan rambutnya.”
“Apa saja yang dibuat kepada rambutnya, ia tak pernah betul.
Ada saja benda yang dia nak perbetulkan.”
“Kadang-kadang, saya nak saja menjerit kepadanya: Gareth,
berhenti usik rambut anda!”
Bercakap mengenai kemungkinan Gareth Bale melakukan prosedur
rawatan rambut, beberapa pengguna Reddit memberi hujah – Bale mungkin takut
botak kerana telinganya yang capang.
Bagaimanapun pendapat ini disanggah oleh pengguna Reddit
lain yang memberitahu – Bale pernah mendapatkan pembedahan kosmetik untuk
‘memperbetulkan’ telinga yang capang.
Malah ada sesetengah pengkomen yang memberitahu:
“Bale patut menjadi macam Bobby Charlton (gambar bawah)
sahaja.”
Sumber : Semuanya Bola
No comments:
Post a Comment