Ia penting untuk bekalkan anda dengan tenaga dan nutrisi
untuk hadapi cabaran puasa. Tip berikut dipetik dari eBook 20 Tip Kurus Ramadan
yang anda boleh muat-turun secara percuma di http://kevinzahri.com/ramadhan
Kevin Zahri
1. Jangan skip sahur
Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk
amalan berpuasa. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap di
Malaysia.
2. Karbo Kompleks
Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda
semasa bersahur. Kenapa? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih
perlahan dan lebih mengenyangkan.
Contoh sumber: Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang
ada serat dan rendah GI (glycemic indeks).
3. Target Kalori: dalam 500 kcal
Secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan
sahur sepatutnya dalam lingkungan 500 kcal. Pastikan ada sumber protein dan
karbohidrat berserat.
Contoh hidangan:
Segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan air.
Roti perang 2 keping + sapu, tuna ikan dalam sos tomato
(awas sos-sos biasa tinggi garam).
1 mangkuk cereal berserat + susu lemak rendah.
4. Protein yang bersih
Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan
dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.
5. Elak Garam
Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya betul ia
penting untuk kurangkan dehidrasi semasa bersukan tapi dalam keadaan berpuasa,
pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng
dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus.
6. Elak Kafein
Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe,
kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik – kualiti yang memaksa badan buang
air. Ini lagi mempercepatkan dehidrasi semasa berpuasa.
7. Kenali kandungan kafein minuman
Air gas, teh dan coklat pun biasa mengandungi kafein.
Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau nak minum air
coklat (contohnya) tidaklah menjadi masalah yang besar tapi kalau boleh,
kurangkan kuantiti pengambilan.
8. Jangan minum banyak sangat!
Lagi banyak anda minum, lagi cepat badan akan membuangnya
dan lagilah cepat anda anda berasa haus.
Sebagai panduan: Jumlah: 2-3 gelas sederhana dah cukup.
Suhu: Paling baik yang suam. Kalau yang ais pun boleh tapi
pagi-pagi buta, badan agak terkejut dengan air ais.
Jenis? Kalau nak air manis pun, jangan lebihkan dari air
kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas air kosong.
Credit : The Vocket, Kevin Zahri
No comments:
Post a Comment