Monday, June 27, 2016
Anda selalu Gagal Semasa Temuduga? Ini Mungkin Sebab Kenapa Anda Gagal
Saya yakin dan pasti ramai diantara pernah pergi ke temuduga. Ada yang lulus dan ada yang gagal. Kajian menunjukkan ramai calon yang ke temuduga gagal adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
1. Datang Lewat Semasa Temuduga
Calon tidak peka dengan tarikh dan waktu temuduga sehingga menyebabkan mereka kelewatan. Untuk menjadi calon yang baik, anda perlu hadir ke temuduga setengah jam lebih awal. Time is gold.
2. Penampilan Diri
Berpakaian selekeh atau tidak sesuai boleh menyebabkan anda di pandang serong oleh panel temuduga. Jika calon memakai pakaian yang kemas dan segak, ia pasti membuat panel temuduga selesa dan urusan temuduga menjadi lebih mudah
3. Kurang aktif semasa sesi temuduga
Sebagai seorang calon temuduga, anda perlu aktif dan sentiasa memberikan idea yang bernas kepada setiap persoalan yang ditanya, tidak memberi ruang untuk panel penemuduga memikirkan soalan yang mahu disoal
4. Kurang pengetahuan terhadap peranan jawatan yang di pohon
Antara perkara penting semasa sesi temuduga ialah pengetahuan calon tentang peranan jawatan yang di sandang. Untuk pengetahuan anda, pihak syarikat lebih terbuka untuk mengambil calon yang tahu peranan jawatan yang mereka pohon
5. "ZERO" isu semasa
Kadang-kadang panel temuduga akan bertanya soalan yang diluar jangkaan calon iaitu tentang isu semasa yang berlaku semalam atau pagi tadi
Oleh itu, calon perlu "alert" tentang isu semasa yang berlaku disekeliling mereka
6. Menjawab dengan POYO tau OVER CONFIDENT
Calon kelihatan yakin ketika menjawab soalan tetapi jawapannya lebih kepada memberi pengiktirafan kepada diri sendiri tanpa ada bukti yang kukuh
Ini akan menjejaskan reputasi sebagai seorang calon temuduga
Wednesday, June 22, 2016
Penyokong Wales Desak Bale Buat Rawatan Rambut Atau Botak Terus
Bola sepak sejak era 60-an sudah menyaksikan banyak
pemain-pemain bola sepak yang menggayakan fesyen dandanan rambut terkini.
…atau Aaron Ramsey (walaupun kami agak kurang gemar dengan
warna blonde yang dipilihnya, tapi itu cerita lain).
Masalah akan timbul apabila pemain-pemain terlalu mengambil
kira dan masa menjaga kerapian rambutnya di atas padang (supaya nampak cantik
di kamera TV) daripada bermain bola sepak.
Inilah suara-suara bising yang dilontarkan oleh penyokong
Wales apabila melihat pemain bintang skuad kebangsaan mereka, Gareth Bale
menghabiskan terlalu banyak masa membetulkan rambutnya yang panjang.
Buat prosedur atau botak terus!
Kami percaya isu gaya rambut pemain bola sepak adalah isu
peribadi pemain. Mereka berhak untuk menentukan gaya rambut yang mereka suka.
Apa yang penting adalah persembahan mereka di atas padang.
Tetapi bagi seorang penyokong Wales di Reddit, beliau
berpendapat Gareth Bale terlalu banyak menghabiskan masa membetulkan rambut
panjangnya kerana – mahu menyorok masalah botaknya.
“Saya rasa anda dah
tahu bahawa Bale sedang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk.”
“Ia bukanlah satu masalah. Ramai lelaki yang menghadapi
masalah ini pada usia yang muda.”
“Tapi sejak kebelakangan ini, usahanya untuk menyorok tempat
botak di kepalanya membuatkan beliau mengambil masa lebih lama untuk
membetulkan rambutnya – sehingga kadang kala, beliau terpaksa berhenti bermain
sekejap.”
Penyokong Wales ini turut melihat perubahan gaya permainan
Bale sejak berambut panjang.
“Semasa Wales menang lawan Slovakia tempoh hari, masalah
keguguran rambut membuatkannya nampak keberatan untuk memecut atau melakukan
tackle – mungkin dia takut ikatan rambutnya terlerai.”
Komen ini mengingatkan kami kepada Andre Agassi – pemain
tenis Amerika Syarikat – yang pernah tewas kejohanan Terbuka Perancis kerana
tak mahu rambut palsunya terlucut.
Beliau kemudiannya mencadangkan Bale supaya membotakkan
kepalanya terus seperti bosnya, Zinedine Zidane.
“Saya tak faham kenapa dia tak botakkam sahaja kepalanya
macam (Zinedine) Zidane. Adakah dia takut akan jadi kurang popular bila dah
botak?”
“Jika dia takut botak pun, gunakanlah duitnya yang banyak
itu untuk membuat rawatan penyambungan rambut seperti (Wayne) Rooney dan (Cesc)
Fabregas.”
Prosedur kosmetik bukan asing
Berdasarkan kajian kami terhadap artikel-artikel lama Gareth
Bale di Tottenham Hotspur, beliau sebenarnya pernah ditempelak oleh Harry
Redknapp atas masalah sama.
Pengurus Spurs ketika itu, Harry Redknapp pernha memberitahu
media keobsesan Bale membetulkan rambutnya:
“Kadang-kala, dia buat saya bengang dalam latihan. Dari segi
teknikal, beliau memang sangat bagus. Tapi dia selalu sangat bermain-main
dengan rambutnya.”
“Apa saja yang dibuat kepada rambutnya, ia tak pernah betul.
Ada saja benda yang dia nak perbetulkan.”
“Kadang-kadang, saya nak saja menjerit kepadanya: Gareth,
berhenti usik rambut anda!”
Bercakap mengenai kemungkinan Gareth Bale melakukan prosedur
rawatan rambut, beberapa pengguna Reddit memberi hujah – Bale mungkin takut
botak kerana telinganya yang capang.
Bagaimanapun pendapat ini disanggah oleh pengguna Reddit
lain yang memberitahu – Bale pernah mendapatkan pembedahan kosmetik untuk
‘memperbetulkan’ telinga yang capang.
Malah ada sesetengah pengkomen yang memberitahu:
“Bale patut menjadi macam Bobby Charlton (gambar bawah)
sahaja.”
Sumber : Semuanya Bola
Sunday, June 12, 2016
Bagaimana Perkataan "Sama" Jadi Kunci Kejayaan Mereka
Kita mungkin perasan perkataan sangat sinonim dengan mereka yang berjaya dalam pekerjaan mereka ataupun bisnes mereka. Contohnya dari segi mereka berpakaian, mereka menggayakan rambut mereka,cara bercakap dan sebagainya.
Perasan tak? Sedar tak sedar, dengan benda yang sama ini, mereka telah menjadi ikon yang kita ingati sampai sekarang sebut saja nama, kita boleh ingat apa yang mereka pakai dan perwatakan mereka. Jadi kami akan terangkan bagaimana perkataan sama jadi kunci kejayaan mereka.
1. Sama pakaiannya
Mereka sering memakai pakaian yang sama. Ini kerana mereka tidak mempunyai lebih masa untuk ditumpukan selain daripada bisnes atau karier mereka. Kajian juga menyatakan mereka yang sering memakai pakaian yang sama mempunyai risiko yang sangat rendah untuk mengalami stress.
Outfit Steve Jobs dari 1998 hingga 2010
2. Sama Gaya Rambutnya.
Bila gaya rambut kita sama saja dari dulu hingga sekarang, agak agaknya mudah tak kits dikenali? Itu lah yang dipraktiskan oleh CEO Facebook, Mark Zuckerberg dari tahun 2004 hingga 2016. Gaya rambut beliau masih lagi sama. Senang dikenali, bukan
3. Perwatakan Yang Sama.
Perwatakan memang jelas lah tidak dapat ditukar, ia mengambil masa yang sama untuk berubah sesuatu perwatakan. Tetapi mereka yang mempunyai perwatakan yang sama ini, sering kita ingati wataknya. Contohnya, Mr Bean, senang kita ingatkan, sering buat benda yang tak masuk akal.
Semua benda sama, jadi begitulah bagaimana perkataan "Sama" ini jadi kunci kejayaan mereka.
Friday, June 10, 2016
Perfect Product Perfect Hairstyle
Setiap barangan mempunyai kelebihan dan tujuan kegunaan masing masing. Berbalik kepada masalah berkaitan dengan rambut. Ramai yang keliru dengan produk yang sesuai dengan keinginan bentuk rambut mereka. Pakai itu tak puas hati, pakai yang ni pun tak puas hati. Tahukah anda kesilapan memilih produk juga boleh menyebabkan masalah kepada rambut anda? Masalah apa, nanti kami cerita, sekarang fokus untuk kelebihan dan kegunaan produk dulu. Ok?
1. Cream
Merupakan asas dalam produk penjagaan rambut. Ia mempunyai hold yang rendah dan kurang berkilat. Tak hairan lah bila kita pakai cream sejam dua lepas tu rambut dah balik pada asal.
2. Gel
Mempunyai hold yang kuat tetapi tidak dapat bertahan dalam masa yang lama. Gel juga memberikan rambut anda kelihatan kilat. Gel ini selalu dipakai oleh mereka yang berambut spiky, kerana gel mengeras dengan cepat dan tidak sesuai untuk membuat style rambut yang lebih classic.
3. Wax
Memberikan rambut anda berkilat sepanjang hari. Wax sesuai digayakan dengan rambut terbaru, ala ala kpop seikit. Untuk gaya rambut yang lebih classic.
4. Clay
Berfungsi memberikan hold yang lama tetapi kurang kelihatan berkilat. Clay sesuai digayakan dengan rambut classic dan terbaru.
5. Pomade
Pomade terbahagi kepada dua finish iaitu shine dan matte. Shine memberi rambut anda kelihatan sangat berkilat manakala matte kurang kilatnya. Pomade juga memberi hold yang sangat lama kira kira dalam 8-10 jam. Sesuai untuk dipakai untuk aktiviti outdoor dan indoor. Dan sesuai digayakan dengan fesyen rambut seperti artis Hollywood dan Pemain Bola Sepak, seperti David Beckham, De Gea dan Chris Evans.
Thursday, June 9, 2016
Ingin Kelihatan Kacak Semasa Hari Raya? Ini 5 Gaya Rambut Popular Khas Untuk Jejaka Masa Kini
Bulan Ramadhan sudah tiba beberapa hari yang lalu dan Hari Raya pula bakal menjelma. Seperti wanita, lelaki pun mahukan penampilan yang bergaya semasa Hari Raya
Jadi hari ini kami ingin kongsikan 5 Gaya Rambut Popular khas untuk anda supaya anda kelihatan segak, macho dan marvelous
1. Fade
Potongan rambut pendek dan tebal diatas bahagian atas kepala. Bahagian tepi dipotong pendek atau nipis
2. Undercut
Gaya rambut ini menampilkan potongan rambut nipis dibahagian tepi. Manakala bahagian atas dibiarkan panjang
3. Pompadour
Gaya rambut ini sangat popular pada zaman 1960 an. Kini ia dipopularkan semula oleh golongan lelaki masa kini. Gaya rambut nipis dibahagian tepi. Manakala bahagian atas di biarkan panjang lalu rambut disikat ke bahagian tepi sehingga menampakkan jambul dikepala
4. Mohawk
Gaya rambut ini popular dikalangan pemain bola sepak dunia. Nipis di bahagian tepi dan bahagian atas ditolak ke atas bagi menampakkan gaya yang fancy dan naughty
Gaya dari dahi ditarik kebelakang dan diikat dibahagian tengah atau belakang kepala
Bagaimana hendak mendapatkan gaya rambut diatas?
Kami cadangkan anda pergi barbershop yang mahir untuk membuat gaya rambut diatas. Insyallah, artikel akan datang, kami akan kongsikan barbershop yang popular untuk anda dapatkan gaya rambut idaman sempena Hari Raya ini
Tuesday, June 7, 2016
8 Tip Diet Di Bulan Ramadhan Bagi Yang Mahu Kurus Di Hari Raya
Masuk sahaja bulan Ramadhan ramai kawan yang mesej abang.
Nak tahu amalan diet apa yang abang buat sepanjang Ramadhan ini. Di samping
melaksanakan ibadah yang mulia, ramai juga bercita-cita untuk kuruskan badan.
Disebabkan mesej kau orang yang terlalu banyak itu sampai
abang tak sempat balas maka abang tulis ini. Kau boleh baca dan terus amalkan
ya.
1. Jangan tinggal sahur
Jangan tinggal sahur walaupun hanya dengan sebiji kurma.
Sahur adalah sunnah. Jangan sebab alasan nak diet dan kurus maka kau tinggalkan
sunnah ini.
2. Makanan rendah kalori
Semasa sahur pilihlah makanan yang tidak tinggi kalori,
tinggi garam dan kurangkan makanan berlemak. (Elak lauk sahur kau orang dengan
ikan masin, telur masin, mee segera atau sardin dan seumpamanya)
3. Pengambilan nasi / bihun / mee
Tidak ada masalah untuk ambil nasi/ bihun/ mee/ kuetiow
semasa sahur. Asal jumlah segenggam. Namun untuk jimatkan lagi kalori, kau
boleh ambil karbo kompleks yang lain. Sama ada roti wholemeal atau pun oat.
4. Minuman manis
Tinggalkan segala minuman manis atau berkafien sepanjang
sahur. Kau minumlah air kosong banyak-banyak. Kau kena tahu air kosong
selamanya kosong kalori.
5. Kuantiti makanan semasa berbuka
Semasa berbuka puasa, tidak ada masalah untuk ambil makanan
yang lebih banyak berbanding semasa sahur. Namun pastikan makanan itu makanan
yang berkualiti.
6. Mulakan berbuka dengan kurma dan air manis seteguk sahaja
Hehe. Abang tahu kau susah nak buat benda ini tapi
percayalah dalam masa seminggu kau dah boleh lihat kesan pada perut kau.
Belajarlah untuk minum air kosong.
7. Lauk pauk jenis rebus
Untuk lauk berbuka kalau kau tanya, abang suka pilih yang
rebus-rebus atau pun bakar-bakar. Ikan masak asam pedas, ayam golek, ayam sambal
ini semua kegemaran abang. Jangan ambil yang bergoreng atau yang banyak guna
sos atau kicap. (Charkuetiow, KFC, etc) Lebihkan yang bakar dan rebus.
8. Sayur dan buah-buahan
Sayur dan buah-buahan adalah menu yang jangan kau tinggalkan
sebagai tambahan serat dan vitamin dalam badan. Barulah makanan itu jadi
seimbang dan kau akan nampak lebih bertenaga dan tidaklah kurus dalam keadaan
yang nampak letih.
Ini semua apa yang abang buat sewaktu diet dahulu. Jujur
kalau kau boleh konsisten dengan garis panduan yang abang beri kau tak perlu
pun nak habis ribuaan ringgit untuk kurus.
Kau tahu kawan. Tidak ada masalah pun jika Ramadhan ini kau
ingin jadikan titik permulaan untuk hijrah ke arah yang lebih baik. Ibadah
tetap ibadah. Jika kau niatkan kurus ini adalah untuk memudahkan urusan ibadah
kau dan kerana Allah maka pahala yang juga kau dapat.
Ini sahaja tip dari abang. Terima kasih sebab kau sudi baca
sampai habis.
Sumber : The Vocket
Sumber : The Vocket
Thursday, June 2, 2016
8 Tip Diet Mudah Sahur Daripada Kevin Zahri
Ia penting untuk bekalkan anda dengan tenaga dan nutrisi
untuk hadapi cabaran puasa. Tip berikut dipetik dari eBook 20 Tip Kurus Ramadan
yang anda boleh muat-turun secara percuma di http://kevinzahri.com/ramadhan
Kevin Zahri
1. Jangan skip sahur
Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk
amalan berpuasa. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap di
Malaysia.
2. Karbo Kompleks
Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda
semasa bersahur. Kenapa? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih
perlahan dan lebih mengenyangkan.
Contoh sumber: Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang
ada serat dan rendah GI (glycemic indeks).
3. Target Kalori: dalam 500 kcal
Secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan
sahur sepatutnya dalam lingkungan 500 kcal. Pastikan ada sumber protein dan
karbohidrat berserat.
Contoh hidangan:
Segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan air.
Roti perang 2 keping + sapu, tuna ikan dalam sos tomato
(awas sos-sos biasa tinggi garam).
1 mangkuk cereal berserat + susu lemak rendah.
4. Protein yang bersih
Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan
dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.
5. Elak Garam
Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya betul ia
penting untuk kurangkan dehidrasi semasa bersukan tapi dalam keadaan berpuasa,
pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng
dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus.
6. Elak Kafein
Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe,
kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik – kualiti yang memaksa badan buang
air. Ini lagi mempercepatkan dehidrasi semasa berpuasa.
7. Kenali kandungan kafein minuman
Air gas, teh dan coklat pun biasa mengandungi kafein.
Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau nak minum air
coklat (contohnya) tidaklah menjadi masalah yang besar tapi kalau boleh,
kurangkan kuantiti pengambilan.
8. Jangan minum banyak sangat!
Lagi banyak anda minum, lagi cepat badan akan membuangnya
dan lagilah cepat anda anda berasa haus.
Sebagai panduan: Jumlah: 2-3 gelas sederhana dah cukup.
Suhu: Paling baik yang suam. Kalau yang ais pun boleh tapi
pagi-pagi buta, badan agak terkejut dengan air ais.
Jenis? Kalau nak air manis pun, jangan lebihkan dari air
kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas air kosong.
Credit : The Vocket, Kevin Zahri
Cristiano : The More You Give, The More You Get Back
Cristiano Ronaldo adalah salah seorang atlet ternama dalam bola sepak dan kini masih lagi bermain untuk Real Madrid. Disebalik pencapaian terbaik beliau, dan sibuk bermain bola sepak. Tahukah anda kisah disebalik Ronaldo.
Ronaldo membesar di salah sebuah kawasan termiskin di Fuchal. Bapanya merupakan seorang tukang kebun bandar dan ibunya adalah seorang tukang masak. Beliau mula bermain bola sepak ketika berumur 9 tahun. Pada ketika itu, rakan rakan sepasukannya menjadikan beliau bahan ketawa kerana bapanya mencuci bilik persalinan untuk mendapatkan duit lebih. Namun, beliau sedikit pun tidak endah akan jenaka tersebut. Ia membuat beliau berlatih lebih kuat.
Ketika berumur 11 tahun, Cristiano Ronaldo berpindah ke Portugal untuk menyertai Sporting Lisbon. Ketika umurnya 14 tahun, bapanya menjadi penagih alkohol dan abangnya bergelut dengan ketagihan. Ini membuat beliau menjadi lebih kuat. Bapanya mati ketika Cristiano Ronaldo berumur 20 tahun, dengan itu beliau telah menahan diri daripada meminum alkohol dan menyokong abangnya sepenuhnya.
Di samping itu, Ronaldo juga membantu ramai orang, tetapi hanya beberapa sahaja yang menjadi tumpuan. Ketika beliau meminta untuk mendermakan baju beliau untuk mengutip dana untuk pembedahan penting kanak kanak berumur 11 bulan, Erik. Beliau bukan sahaja mendermakan baju beliau, malah membayar rawatan penuh untuk kanak kanak itu.
Pada tahun 2005, beliau melawat Martunis, seorang mangsa tsunami Indonesia, Beliau mengutip dana dan membayar persekolahan Martunis, Kini Martunis telah bermain untuk Sporting Lisbon, kelab lama Cristiano Ronaldo.
Beliau juga mendermakan kasut emas beliau melebih 1.5 juta euro untuk membantu pembinaan semula sekolah di Gaza
Cristiano Ronaldo juga tidak memiliki sebarang tattoo kerana beliau ialah seorang penderma darah tetap.
Ronaldo percaya dan berpegang dengan kata kata Englishman yang mengatakan
Ketika berumur 11 tahun, Cristiano Ronaldo berpindah ke Portugal untuk menyertai Sporting Lisbon. Ketika umurnya 14 tahun, bapanya menjadi penagih alkohol dan abangnya bergelut dengan ketagihan. Ini membuat beliau menjadi lebih kuat. Bapanya mati ketika Cristiano Ronaldo berumur 20 tahun, dengan itu beliau telah menahan diri daripada meminum alkohol dan menyokong abangnya sepenuhnya.
Di samping itu, Ronaldo juga membantu ramai orang, tetapi hanya beberapa sahaja yang menjadi tumpuan. Ketika beliau meminta untuk mendermakan baju beliau untuk mengutip dana untuk pembedahan penting kanak kanak berumur 11 bulan, Erik. Beliau bukan sahaja mendermakan baju beliau, malah membayar rawatan penuh untuk kanak kanak itu.
Pada tahun 2005, beliau melawat Martunis, seorang mangsa tsunami Indonesia, Beliau mengutip dana dan membayar persekolahan Martunis, Kini Martunis telah bermain untuk Sporting Lisbon, kelab lama Cristiano Ronaldo.
Cristiano Ronaldo juga tidak memiliki sebarang tattoo kerana beliau ialah seorang penderma darah tetap.
Ronaldo percaya dan berpegang dengan kata kata Englishman yang mengatakan
The More You Give, The More You Get Back
Wednesday, June 1, 2016
Lihat Bagaimana Artis Malaysia Menggayakan Rambut Mereka
Setiap orang ada cita rasa tersendiri. Bagi wanita, mereka sering bertukar tukar fesyen tudung, namun bagi lelaki fesyen rambut sangat penting. Bagi seorang lelaki rambut adalah mahkota mereka dan perlu dijaga sebaik baiknya.
Buzz Skin Faded
Fesyen rambut ini dipopularkan oleh Sharnaaz Ahmad. Sesuai untuk mereka yang berbadan berisi sedikit, kalau yang kurus tu bila buat nanti nampak pelik. Cara potongannya bahagian tepi dinipiskan dibahagian atas dan depan dinipiskan juga tetapi lebih tebal berbanding dibahagian tepi dan belakang. Tambahan, minta barber hilangkan line pada rambut ya.
Modern Side Part
Fesyen rambut ini sangat popular dalam kalangan artis baru di Malaysia seperti Amar Baharin dan Arja Lee. Style rambut ini mudah digayakan dengan hanya menyikat rambut ke bahagian tepi. Bahagian tepi dinasihatkan dipotong mengikut cita rasa anda, supaya rambut tidak kelihatan kembang
Glance.
Gaya rambut Glance ini sering digayakan oleh Zayn Malik, Tetapi di Malaysia, Gaya rambut ini dipopularkan oleh Zizan Razak. Gaya rambut ini sesuai untuk digayakan dalam mana mana majlis sama ada formal ataupun tidak formal.
Fohawk.
Gaya rambut ini dikaitkan oleh Awal Ashaari, gaya rambut ini kelihatan hampir sama seperti Mohawk, tetapi berbeza daripada struktur bahagian tepi rambut. Kalau macam gaya rambut Dato AC Mizal, itu sebenarnya Mohawk
Mohawk.
Dato AC MIzal adalah salah seorang artis yang sering menggayakan rambutnya dengan gaya rambut Mohawk. Gaya rambut Mohawk ini sangat mudah, dengan menipiskan senipis nipisnya pada bahagian tepi rambut, pada bahagian tengah dibiarkan sahaja.
Pompadour
Gaya rambut classic Pompadour sangat hot pada zaman ini. Ia mula dipopularkan oleh Wak Doyok, ikon fesyen terkenal Malaysia.
Gaya rambut ini menunjukkan gaya lelaki sejati. Perlu digayakan dengan menggunakan pomade. Kalau tak, confirm tak jadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)