Tadi saya ada kongsikan pada anda semua tentang masalah yang sahabat saya alami. Kalau tengok pada bentuk simptom awalnya saya syak yang rakan saya ni alami psoriasis. Tapi saya bukanlah doktor ke nak confirm kan sakit dia tu.
Mengikut pengalaman dan rakan saya seorang doktor ni dia kata psoriasis ni terjadi disebabkan stress yang berlebihan atau kulit terlampau kering. Dalam gambar yang saya kongsikan dekat bawah sekali ni nampak kulit sahabat saya tu macam mengelupas. Macam melecur pun ada jugak.
Jadi, saya nasihatkan pada dia supaya pergi berjumpa dengan doktor atau pergi ke farmasi untuk kita confirm kan sama ada ia betul-betul psoriasis atau penyakit lain.
Ini antara nasihat saya pada dia,
1. Kurangkan merokok.
Merokok bukan sahaja boleh merosakkan kesihatan malah boleh menyebabkan kulit kita kering.
2. Banyakkan minum air putih.
Kurangkan minuman-minuman yang manis. Supaya kulit kita banyak menyerap air.
3 Elakkan daripada kulit kering
Senang cerita banyakkan mandilah supaya kulit tak berapa nak kering. Bila kering sakit dia mula lah datang.
4. Banyakkan aktiviti yang boleh buat rasa gembira.
Ni penting supaya nak elakkan dia daripada stress. Dah lah sakit, kena pulak stress lagi bertambah tambah sakitnya tu.
Itu sahaja nasihat saya untuk dia, untuk korang yang mengalami masalah psoriasis ni InsyaAllah boleh lah amalkan 4 benda ni untuk kita elak daripada penyakit tu makin menjadi. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Oh satu lagi, ibu saya juga nasihatkan kalau kena penyakit ni cuba perahkan air limau untuk hilangkan dia. Tapi satu je saya nak cakap. Memang pedih kalau tahan boleh la buat. Kalau tak boleh minta pergi farmasi atau klinik untuk dapatkan rawatan ye...
No comments:
Post a Comment