Setiap hari kita akan bertemu ramai orang, penampilan adalah
yang pertama akan di nilai, ke mana kita pergi mata akan memerhatikan
penampilan kita dahulu. Jika penampilan kita bagus secara automatik kepercayaan
pada diri sendiri akan bertambah.
Oleh itu di sini ada 10 tips pantas untuk anda kelihatan
bijak.
1.Mendiamkan Diri (Banyak Mendengar, Kurangkan Bercakap)
Pernah dengar pepatah lama menyebut anda mempunyai dua
telinga dan jika mempunyai dua telinga sepatutnya anda akan menjadi lebih baik
dalam pendengaran? Mendengar adalah satu skill yang patut di asah. Ia adalah
kerana untuk memahami setiap patah perkataan yang disampaikan.
Ini adalah penting kerana apabila anda bertindak balas
selepas mendengar anda akan dapat menjawab soalan yang sama dengan apa yang
diperkatakan, untuk lebih mudah anda lebih memahami.
Jangan mendengar untuk menjawab. Anda pada mulanya mendengar
kemudian menjawab dengan mudah tetapi amalkan mendengar kemudian memahami
seterusnya barulah menjawab. Di situ anda dapat kelebihan.
2.Berikan Soalan Yang Baik
Bertanyakan soalan tidak semestinya anda tidak tahu jawapan
tetapi anda seakan-akan mahukan jawapan kepada persoalan yang lebih banyak
bermain di fikiran anda. Mencari jawapan boleh menampakkan kepandaian anda.
Jika anda memberikan soalan kepada mereka yang memberikan jawapan secara tidak
langsung anda dapat berinteraksi dengan mereka.
Perbualan tersebut akan nampak lebih menarik.
3.Hubungan Mata
Hubungan mata ada pelbagai jenis jika mata anda asyik turun
ke bawah sahaja itu tandanya anda kurang keyakinan diri tapi bila anda
terlampau merenung mata seseorang anda dikatakan terlalu garang pula. Oleh yang
demikian hubungan mata yang biasa sahaja agar tidak nampak pelik. Untuk lebih elok
pandang sahaja ke matanya jika anda tidak selesa tak usah pandang langsung!
4.Berkesan Gunakan Petikan
Pepatah lain yang popular juga ada menyebut jika ingin
menyembunyikan sesuatu gunakan buku sebagai perisai. Kita telah jarang menelaah
buku yang kita minati kerana kekurangan masa.
5.Dapatkan Tidur Yang Cukup
ips ini amatlah diketahui seluruh dunia. Untuk mendapatkan
tidur yang cukup kita seharusnya pandai mengatur kehidupan. Di zaman yang serba
canggih ini kita dapat melihat orang bekerja tiada mengenal erti penat.
Sehinggakan mereka lupa untuk mendapatkan tidur yang sama-rata.
Tidur yang cukup dapat mengelakkan kita daripada tekanan dan
juga menghindari kita dari sebarang penyakit.
6. Pakai Cermin Mata
Tidak pandai tidak apa asalkan anda dapat bergaya dengan
cermin mata. Pandangan orang apabila melihat anda berkaca mata pasti satu
sahaja yang bermain di minda mereka iaitu orangnya mesti pandai!
7. Pakai bauan yang menyenangkan
Orang ada memberitahu bahawa lelaki yang berbau wangi ini
menjadi tarikan setiap wanita. Termasuk juga lelaki yang pembersih mesti
selalunya seorang yang wangi. Penting untuk diingati lelaki yang berbau harum
ini selalunya berjaya di dalam bidang yang diceburinya.
8.Pakai Pakaian Yang Bersesuaian Dengan Bentuk Badan
Walau di mana anda berada walau di pasar malam sekalipun
penampilan harus nampak menarik. Ini untuk menambahkan lagi keyakinan diri.
Pakaian yang bersesuai dengan bentuk badan.
9. Pakaian Yang Bewarna Merah
Merah adalah simbol kepada keberanian. Jika ada keberanian
pasti datang keyakinan. Lebih dari 77 % negara ada menggunakan warna merah di
dalam setiap benderanya oleh itu warna merah merupakan lambang kepandaian seseorang itu.
10. Memanfaatkan teknologi terkini
Jika anda seorang yang celik IT, teknologi adalah perkara
wajib bagi semua untuk dimiliki. Oleh itu kepandaian anda ketika menggunakan
teknologi juga menjadikan anda tergolong di dalam golongan yang pandai.
No comments:
Post a Comment