Mesti ramai lelaki yang ‘perasan kacak’ sahaja akan baca
artikel ini.
Lelaki kacak ni selalunya ada ramai wanita kelilling
pinggang. Jadi, jika anda ni jenis forever alone, anda bukanlah diketagorikan sebagai
lelaki kacak, tapi ‘tak berapa hensem je’.
Tapi tak semua lelaki yang rupa kacak memiliki hati baik.
Harap muka je hensem tapi kaki perempuan.
Kami senaraikan 5 sifat buruk yang hanya ada pada lelaki
kacak sahaja.
1. Jenis pilih bulu
Bila muka hensem, mula la nak pilih bulu. Nak yang cantik
je. Konon baru la sepadan bagai pinang dibelah dua. Takkan la muka hensem nak
dapat girlfriend rupa biasa-biasa je. Kalau dah dapat yang cantik, nak yang
lagi cantik!
2. Jenis kuat perasan
Kebanyakan lelaki kacak ni jenis perasan. Dia ingat dia tu
hensem gila. Tapi, ramai juga yang tak hensem kuat perasan. Konon ramai
perempuan sukakan dia.
3. Mesti jenis kasanova
Memang tak pelik jika lelaki hensem ni ada banyak girlfriend
dalam satu masa. Tapi jangan seronok sangat, takut-takut dapat pasangan satu
spesies baru tahu.
4. Buat salah pun wanita akan maafkan
Ini salah satu kelebihan lelaki kacak. Hanya guna ayat manis
je dah boleh cairkan hati wanita. Wanita ni pun satu hal. Kalau lelaki tu dah
curang tak kisah la hensem mana pun, takkan la nak terima lagi.
5. Mata duitan
Bukan wanita je jenis materialistik, lelaki kacak pun sama.
Mereka akan gunakan kelebihan wajah mereka untuk menjerat wanita dan jadi kaki
kikis.
Sumber : Mensive
No comments:
Post a Comment