Memiliki "Muka Jambu" dalam dunia bola sepak merupakan salah satu bonus untuk seseorang pemain itu. Ini kerana kemunculan pemain itu akan sentiasa ditunggu-tunggu oleh para peminat bola sepak. Selalunya orang akan cakap, "dia ni muka jambu, boleh ke dia main?"
Selain itu, dengan Muka Jambu itu, populariti mereka sebagai pemain bola sepak akan mudah meningkat kerana selalu mendapat tempat di hati peminat bola sepak terutamanya peminat wanita. Namun begitu, jangan fikir mereka ada muka jambu, mereka tidak power bermain bola sepak. Jadi, pada kali ini kami akan kongsikan pada anda 5 Pemain Bola Sepak Yang Pegang TItle "Muka Jambu."
Pemain kelahiran Belgium, dari Akademi Manchester United. Januzaj memulakan debutnya pada usia 17 tahun dibawah kendalian jurulatih. David Moyes. Walaupun dalam usia yang muda, Januzaj berjaya mengekalkan prestasi terbaiknya pada musim itu, dengan menjaringkan 7 gol dan sentiasa mendapat tempat kesebelasan utama.
Pemain kelahiran German. Kimmich memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak di Vfb Stuggart. Kemudian pada tahun 2015, Kimmich telah mengisi barisan pertahanan Bayern Munich. Beliau merupaka seorang pemain yang versatile. Boleh bermain dibahagian bek kanan, bek tengah dan midfield. Dengan prestasi baiknya di Bayern Munich, beliau berjaya mendapat tempat di dalam kesebelasan utama pasukan German pada EURO 2016 yang lepas.
Siapa lagi yang tak kenal Aaron Ramsey, merupakan tunjang utama pasukan Arsenal buat masa ini. Aaron Ramsey pernah dikatakan "Arsenal Future" oleh bekas ketua pasukan mereka Cesc Fabregas sebelum beliau berpindah ke Arsenal. Nyata apa yang dikatakan oleh Fabregas itu benar.
Beliau memiliki fizikal yang tegap, stamina yang tinggi dan teknikal yang sangat baik. Jika hari ini, fans Arsenal tidak nampak kelibat Ramsey di kesebelasan utama, atau di bench, ia pasti akan menjadi tanda tanya. Ramsey yang dulu pernah digelar jambu, kini telah tampil dengan stail yang lebih maskulin.
2. Cesc Fabregas
Jika tadi kita bercakap tentang Arsenal Future, kini kita beralih kepada Arsenal Legend. Beliau merupakan ketua pasukan Arsenal termuda pada suatu masa dahulu. Fabregas mempunyai teknik hantaran yang sangat baik serta vision yang sangat tinggi. Beliau pernah dipanggil Genius Midfield. Siapa kata Muka Jambu tak boleh main bola, ni siap Genius Midfield la
Kaka merupakan pemain kelahiran Brazil, Kaka mencapai prestasi terbaiknya ketika di AC Milan dan pernah merangkul gelaran Ballon D' Or pada tahun 2007. Selepas kejayaan itu, Kaka kemudian berpindah ke salah satu kelab terkaya di dunia, Real Madrid. Semasa berada di Madrid, Kaka kerap injured dan gagal mendapat tempat di dalam pasukan. Pada masa itu, bermulanya zaman gelapnya dengan adanya trio terbaik Madrid, Ronaldo, Ozil dan Di Maria yang sentiasa mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Beiiau kini bermain untuk pasukan Orlando City.
No comments:
Post a Comment