Tuesday, November 8, 2016

LELAKI INI SANGGUP BERBELANJA RM100 RIBU DEMI MENDAPATKAN WAJAH DAVID BECKHAM



Kalau dah terlampau minat pada barang atau seseorang, apa-apa sahaja sanggup kita lakukan untuk mendapatkannya.

Itulah yang sanggup dilakukan oleh seorang pemuda yang berasal dari United Kingdom. Lelaki tersebut, Jack Johnson baru sahaja berusia 19 tahun sanggup melakukan pembedahan yang menelan belanja sebanyak £20, 000 (RM100, 000) untuk kelihatan seperti wajah David Beckham.

Lelaki tersebut, Johnson telah membelanjakan wang itu untuk melakukan pembedahan pada dagu, pipi, kening, bibir, gigi dan suntikan lain untuk mendapatkan wajah David Beckham

Lebih mengejutkan lagi, lelaki ini tidak mempunyai apa-apa pekerjaan dan kini dibebani hutang dek kerana kerja gilanya itu.


Dianggarkan dia masih lagi memerlukan kos pembedahan sebanyak £30, 000 (RM160 000) bagi merealisasikan impiannya itu.

"Jelas sekali saya tahu saya tidak kelihatan seperti dia," kata Johnson. "Saya tidak bodoh tetapi saya tahu masih jauh lagi perjalanan untuk memiliki wajah seperti dia."

Tambahnya lagi, buat masa ini dia akan membuat tatu di leher sama seperti bintang bola sepak terkenal itu.

No comments:

Post a Comment