Bangun lewat pada hari bekerja merupakan salah satu masalah yang selalu terjadi pada para lelaki. Apabila anda terlewat, semuanya jadi kelam kabut. Itu tak kena, ini tak kena. Sampai lewat di ofis kena marah lagi dengan bos. Siap kena kutuk selekeh lagi.
Nasib lah labu.
Jangan takut, kini bos anda tidak akan marah anda lagi. Kerana anda akan sampai tepat pada waktunya. Mari kami kongsikan 4 Tips Ringkas dan Mudah, supaya anda tampil bergaya dan tepat pada waktu kerja.
1. Rancangan Pakaian Anda Pada Waktu Malam.
Ini kerana ketika kita sudah lambat, kita hanya fikir "Aku kena cepat". Betul tak? Dengan persiapan awal, semuanya akan jadi mudah. Kajian juga menyatakan, bahawa waktu malam adalah waktu yang terbaik untuk membuat keputusan.
2. Ambil Masa Untuk Relax.
"Dah la tengah kelam kabut, Macam mana nak relax?"
Mudah saja lakukan benda yang selalu anda lakukan setiap hari, contoh nya dengan shaving(dalam 5 minit), lakukan solat atau menikmati Kopi atau pun minuman yang mampu menceriakan anda. Dengan melakukan tersebut, minda anda akan mula berfikir benda yang positif dan semua perkara jadi mudah dan teratur.
3. Pastikan Ruang Anda Untuk Bersiap Kemas.
Ini merupakan perkara paling penting. Bila ruang anda itu kemas. Anda mudah untuk ambil barang yang perlu sahaja. Bayangkan jika tempat itu berselerak. Tali pinggang anda entah mana tersoroknya. Jadi anda pun keluar ke kerja tanpa memakainya.
Kan dah jadi selekeh, tak bergaya. Siap kena kutuk lagi.
4. Had kan Pemilihan Pakaian.
Ini juga merupakan perkaya yang paling kami tekankan. Apabila anda hadkan pemilihan pakaian.
Anda dapat jimatkan masa anda untuk melakukan perkara lain. Betul tak? Perkara ini dapat dibuktikan dengan cara pemakaian Mark Zuckerberg yang sentiasa memakai T-Shirt berwarna kelabu setiap hari. "Katanya, Apabila anda jimatkan masa untuk pemilihan pakaian, anda boleh gunakan masa itu untuk plan sesuatu yang lebih baik,"
Berikut adalah cadangan pemakaian, untuk pekerjaan yang memerlukan pakaian yang formal.
Jadi, macam mana? Risau lagi jika terlewat bangun? Harap Tips Mudah Dan Ringkas ini dapat membantu anda semua supaya dapat tampil bergaya ke tempat kerja walaupun sudah terlewat.
No comments:
Post a Comment