Sunday, July 10, 2016

Tambang RM20 Tapi Saya Dapat Lebih Daripada Itu

Kisahnya bermula apabila saya sudah lewat untuk ke stesen ktm untuk menuju ke Terminal Bandar Selatan. Ketika itu juga jalan terlampau sibuk dengan kenderaan yang bersepah diatas jalan raya.



Memikirkan kemungkinan saya tidak akan sempat menuju ke destinasi yang saya tuju tepat pada masanya. Saya ambil keputusan untuk berhenti dan terus menaiki Grabcar.

Dalam perjalanan itu, saya berborak dengan driver tersebut. Dia menceritakan pengalamannya dan kehidupannya. Pengalaman dan kehidupannya saya akan ceritakan lain kali, tetapi saya ingin tegaskan dua perkara yang beliau sebut dan memberi kesan pada diri saya.

1. SETIAP LANGKAH ITU ADA REZEKINYA.

Setiap manusia itu sentiasa ada pilihan dalam hidupnya dan Allah telah menetapkan rezeki bagi setiap pilihan hambanya. Terpulang kepada manusia itu sendiri, apa pilihannya. Kerana bukan semua rezeki Allah itu milik kita, ada kalanya ia perlu dikongsi bersama.

2. BUAT SESUATU DENGAN IKHLAS.

Ikhlas itu subjektif susah untuk dihuraikan, dengan ungkapan yang mudah, buatlah sesuatu itu dengan rela hati, bukan niat untuk menerima manfaat tetapi niatlah untuk memberi manfaat.

Dalam Sabda Rasulullah S.A.W riwayah Ahmad, baginda menyebut, "sebaik baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain." 

Jadi, inilah kisah yang saya ingin kongsikan. Semoga ia juga memberi manfaat kepada orang lain. Selamat Bekerja esok. 

No comments:

Post a Comment