Friday, July 22, 2016

SIFAT BERDASARKAN BELAHAN RAMBUT?


Ya, setiap orang ada belahan rambut yang berbeza. Orang yang rambut nya belah ke kanan, begini ragamnya. Belah kiri itu ragamnya. Belah tengah lain sifatnya. 

Anda macam mana pula?



RAMBUT BELAH KE KANAN


1. Orang dengan belahan rambut ke kanan mempunyai sangat pendirian yang sangat kuat.

2. Bila dia percaya akan suatu perkara, dia akan perjuangkannya.

3. Sangat setia dalam persahabatan dan percintaan.

4. Kurang fokus dalam melakukan suatu perkara. Fikiran mudah melayang dan kuat mengelamun.

5. Rendah hati dan berbelas kasihan. Mudah melakukan kebaikan dan ringan untuk membantu orang.


RAMBUT BELAH KE KIRI.

1. Rajin bekerja.

2. Sifat ingin tahu yang tinggi. Membuatkan diri "nampak bijak"

3. Tenang ketika menghadapi masalah

4. Pemikirannta teratur dan fokus dengan satu tujuan.

5. Berusaha adil kepada sesiapa pun dan dalam apa apa hal sekalipun.

6. Suka menyendiri





RAMBUT TIADA BELAHAN

1. Tidak suka banyak aturan dalam hidup.

2. Tidak suka dikongkong.

3. Selalu ingin menjadi no 1.

4. Banyak idea unik sehingga dia sering dianggap aneh dalam masyarakat

5. Senang mencuba perkara baru yang dianggap kreatif

6. Fikirannya fleksivel setiap saat. 

7. Manja dengan orang yang mereka sayang



RAMBUT BELAH TENGAH


1. Memiliki hati yang lapang dan tidak mudah stress.

2. Tidak suka cari pasal dengan orang dan menjadi penengah ketika pergaduhan.

3. Mudah bergaul dan bercampur dengan masyarakat














Jadi anda yang mana satu ya? 

Wednesday, July 13, 2016

Anda Lewat? 5 TIps Untuk Tampil Bergaya Dalam Masa Singkat

Bangun lewat pada hari bekerja merupakan salah satu masalah yang selalu terjadi pada para lelaki. Apabila anda terlewat, semuanya jadi kelam kabut. Itu tak kena, ini tak kena. Sampai lewat di ofis kena marah lagi dengan bos. Siap kena kutuk selekeh lagi.

Nasib lah labu.


Jangan takut, kini bos anda tidak akan marah anda lagi. Kerana anda akan sampai tepat pada waktunya. Mari kami kongsikan 4 Tips Ringkas dan Mudah, supaya anda tampil bergaya dan tepat pada waktu kerja.

1. Rancangan Pakaian Anda Pada Waktu Malam.

Ini kerana ketika kita sudah lambat, kita hanya fikir "Aku kena cepat". Betul tak? Dengan persiapan awal, semuanya akan jadi mudah. Kajian juga menyatakan, bahawa waktu  malam adalah waktu yang terbaik untuk membuat keputusan.


2. Ambil Masa Untuk Relax.

"Dah la tengah kelam kabut, Macam mana nak relax?" 
Mudah saja lakukan benda yang selalu anda lakukan setiap hari, contoh nya dengan shaving(dalam 5 minit), lakukan solat atau menikmati Kopi atau pun minuman yang mampu menceriakan anda. Dengan melakukan tersebut, minda anda akan mula berfikir benda yang positif dan semua perkara jadi mudah dan teratur.

3. Pastikan Ruang Anda Untuk Bersiap Kemas.
   
Ini merupakan perkara paling penting. Bila ruang anda itu kemas. Anda mudah untuk ambil barang yang perlu sahaja. Bayangkan jika tempat itu berselerak. Tali pinggang anda entah mana tersoroknya. Jadi anda pun keluar ke kerja tanpa memakainya.

Kan dah jadi selekeh, tak bergaya. Siap kena kutuk lagi.


4. Had kan Pemilihan Pakaian.

Ini juga merupakan perkaya yang paling kami tekankan. Apabila anda hadkan pemilihan pakaian.
Anda dapat jimatkan masa anda untuk melakukan perkara lain. Betul tak? Perkara ini dapat dibuktikan dengan cara pemakaian Mark Zuckerberg yang sentiasa memakai T-Shirt berwarna kelabu setiap hari. "Katanya, Apabila anda jimatkan masa untuk pemilihan pakaian, anda boleh gunakan masa itu untuk plan sesuatu yang lebih baik,"


Berikut adalah cadangan pemakaian, untuk pekerjaan yang memerlukan pakaian yang formal.

Jadi, macam mana? Risau lagi jika terlewat bangun? Harap Tips Mudah Dan Ringkas ini dapat membantu anda semua supaya dapat tampil bergaya ke tempat kerja walaupun sudah terlewat. 

Sunday, July 10, 2016

Tambang RM20 Tapi Saya Dapat Lebih Daripada Itu

Kisahnya bermula apabila saya sudah lewat untuk ke stesen ktm untuk menuju ke Terminal Bandar Selatan. Ketika itu juga jalan terlampau sibuk dengan kenderaan yang bersepah diatas jalan raya.



Memikirkan kemungkinan saya tidak akan sempat menuju ke destinasi yang saya tuju tepat pada masanya. Saya ambil keputusan untuk berhenti dan terus menaiki Grabcar.

Dalam perjalanan itu, saya berborak dengan driver tersebut. Dia menceritakan pengalamannya dan kehidupannya. Pengalaman dan kehidupannya saya akan ceritakan lain kali, tetapi saya ingin tegaskan dua perkara yang beliau sebut dan memberi kesan pada diri saya.

1. SETIAP LANGKAH ITU ADA REZEKINYA.

Setiap manusia itu sentiasa ada pilihan dalam hidupnya dan Allah telah menetapkan rezeki bagi setiap pilihan hambanya. Terpulang kepada manusia itu sendiri, apa pilihannya. Kerana bukan semua rezeki Allah itu milik kita, ada kalanya ia perlu dikongsi bersama.

2. BUAT SESUATU DENGAN IKHLAS.

Ikhlas itu subjektif susah untuk dihuraikan, dengan ungkapan yang mudah, buatlah sesuatu itu dengan rela hati, bukan niat untuk menerima manfaat tetapi niatlah untuk memberi manfaat.

Dalam Sabda Rasulullah S.A.W riwayah Ahmad, baginda menyebut, "sebaik baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain." 

Jadi, inilah kisah yang saya ingin kongsikan. Semoga ia juga memberi manfaat kepada orang lain. Selamat Bekerja esok. 

Friday, July 8, 2016

Tips Diet di Aidilfitri.

Aidilfitri, merupakan waktu berkumpulnya ahli keluarga. Tidak kira yang jauh mahupun yang dekat.
Aidilfitri juga merupakan lubuk makanan. Ini kerana, pada Hari Raya ini perbagai juadah yang disediakan seperti lemang, rendang, lontong dan seangkatannya. Silap makan nanti boleh kembang perut kita. 

Oleh itu, kami sediakan beberapa tips yang mudah untuk anda diet sempena Hari Raya ini.

1. Kurangkan minuman yang manis lebihkan air masak.
Minuman manis pastinya tinggi kandungan gulanya. Jika kurang melakukan aktiviti, gula itu akan bertukar menjadi lemak dan anda akan jadi gemuk. Dinasihatkan minum air masak sekurang kurangnya 8 gelas sehari.



2. Kurangkan makanan yang bersantan. 
Lemang, rendang adalah salah satu makanan yang mengandungi santan. Bukan tidak boleh makan cuma, jangan makan secara berlebihan. Ini kerana santan itu adalah lemak dan boleh menggemukkan anda.

3. Lakukan senaman ringan.
Jika anda makan terlalu banyak, lebihkan senaman. Bukanlah senaman yang berat cukul anda melakukan push ups dan sits up untuk mengeluarkan peluh.


4. Disiplinkan diri anda.
Jika anda ingin memiliki bentuk badan yang menarik. Maka, disiplinkan diri anda. 

Di sini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Jika ada salah dan silap harap dimaafi.

Saturday, July 2, 2016

Bagaimana ingin menjadi lelaki pujaan wanita??




Setiap lelaki ingin mendapatkan perhatian seorang wanita akan tetapi untuk mendapatkan perhatian seorang wanita bukanlah mudah . Hanya mereka yang memiliki kemahiran tertentu sahaja yang dapat menarik perhatian wanita . Oleh yang demikian, hari ni abam nak kongikan cara cara bagaimana ingin menjadi lelaki pujaan wanita .


1. JADI DIRI SENDIRI



Jadi diri sendiri adalah perkara terbaik yang perlu anda lakukan . Tidak semestinya ketika ingin menjadi lelaki pujaan wanita malah dalam apa jua keadaan sekalipun . Jangan berlakon semata-mata hanya untuk mednapat perhatian wanita . Wanita lebih gemar lelaki yang menjadi diri sendiri .


2. BERBANGGA DENGAN DIRI SENDIRI


Maksud berbangga dengan diri sendiri bukanlah kita bersikap bangga diri atau riak . Akan tetapi maksud berbangga diri di sini ialah kita mampu menjadi pelindung kepada wanita. Kita juga tidak bersikap terlalu merendah diri bila berhadapan dengan kaum wanita atau erti kata yang lain kita yakin dengan diri kita .


3. BERTANGGUNGJAWAB


Ini elemen yang agak penting untuk menjadi lelaki pujaan wanita. Sentiasa bertanggungjawab dalam setiap keputusan dan tindakan yang anda lakukan . Jangan suka menyalahkan orang lain . Wanita akan perasan seseorang lelaki itu mempunyai sikap tanggungjawab atau tidak .


4. MATANG


Bertindak atauberfikir seiring dengan usia anda . Jangan jadi lelaki yang bersikap terlalu kebudak-budakkan . Bijak dalam setiap situasi atau perkara .


5. LELAKI YANG BERCITA-CITA  


Wanita gemar pada lelaki yang bercita-cita dan mempunyai perancangan dalam hidup . Ini kerana wanita inginkan jaminan kebahagiaan kerana anda sudah mempunyai matlamat hidup .