Tuesday, December 20, 2016

Takde Grooming Routine? You are in Serious Trouble Buddy.


WhatsUp Guys!!

So,

Hari ni kita nak cover sikit mcm mana korang nak buat grooming routine. Kenapa grooming routine? Lelaki ni perlu ada grooming routine ke? Itu antara beberapa soalan yang sya terima. Kebanyakan masalah rambut gugur, rambut jarang ni bermula daripada kesilapan inilah. TIADANYA GROOMING ROUTINE.

Saya dulu pun pernah merasa masalah-masalah macam ni dulu, so lepas saya amalkan dan buat grooming routine ni. Alhamdulillah kesihatan fizikal sya jadi makin baik.

Panjang pulak berleter, sokay. . .
Dalam entri kali ni sya akan cover beberapa part penting iaitu grooming routine untuk bahagian rambut, kuku, dan jambang. Kulit memang sya tak cover sgt sebab masalah-masalah kulit ni sya tak bpe reti sgt. Tapi kali ni saya akan cover pasal rambut dulu. Yang lain, lain kali ya.

.
.



Ok jom mula,
Untuk bahagian rambut sya mula dengan pencucian rambut. Setiap orang takde rambut yang sama, ada org ni rambut dia straight, ada yang beralun dan ada yang kerinting. So, setiap penjagaan nya berbeza. Takpa kita go deep sikit okay.

Untuk mereka yang mempunyai rambut yang lurus ni dan beralun ni, penjagaan rambut mereka agak serupa, jadi saya gabung je terus.

- Basuh rambut anda setiap 3 atau 4 hari dengan syampu untuk meninggalkan kesan dari hairstyling product anda.

- Selepas basuh rambut dengan syampu, pakai hair conditioner atau minyak, saya cadangkan untuk anda pakai minyak argan. Yelah syampu terlampau byk sgt bahan kimia. Jadi minyak argan ni berfungsi untuk mengembalikan balik minyak asli pada rambut anda.

Untuk mereka yang mempunyai rambut yang kerinting pulak,

- Sila basuh rambut anda setiap 2 atau 3 hari dengan syampu. Jika anda nak rambut yang lurus. Cari syampu yang khusus untuk luruskan rambut.

- Selepas basuh rambut, mcm biasa kita nak kembalikan minyak asli pada rambut. Boleh ikut tips mcm yang untuk rambut lurus tu okay.

- Tambahan jika anda nak rasa rambut anda lembut, boleh cuba untuk dapatkan minyak kelapa. Tapi cara pemakaiannya agak rumit sedikit. Kalau nak saya ajarkan kena pm sya personal okay.

Selesai utk cucian, so kita move on ke Styling pulak.

Untuk hairstyling product, kita ada macam-macam jenis product dan setiap product akan berikan kesan yang berbeza.

Tapi, saya tak go deep untuk hairstyling produk ni. Kalau nak tau nanti tunggu kemunculan saya di youtube Januari ni okay.

Untuk hairstyling kita akan bahagi kepada dua aspek, hold dan shine.
Untuk hold yang baik saya cadangkan untuk menggunakan pomade, clay dan spesific wax. Tak semua wax ada hold yang betul-betul strong.

Untuk shine, yang high, anda juga boleh dapatkan pomade ataupun hair spray.

Jika anda memiliki rambut yang agak nipis dan rapuh, saya cadangkan untuk tidak gunakan clay. Kerana clay antara Hairstyling produk yang agak berat. Takut tak sesuai dan boleh jadi sebab rambut anda rosak.

Jadi, selesai bab styling, so kita masuk bab haircut.

Dapatkan haircut yang sesuai dengan anda dari segi bentuk muka dan tekstur rambut anda. Nak tahu kenapa pentingnya haircut ni. Anda boleh baca latest post saya di sini :


So saya rasa cukup untuk hari ni. Kalau bagi byk2 korang tak boleh nak hadam pulak. Kalau korang rasa nak tambah apa-apa. TInggalkan di ruang komen. Boleh saya tambah untuk next post.

Monday, December 5, 2016

Having A Good Haircut


Pertama sekali saya nak ucapkan "Thanks guys" kerana support tim kami. U make me rasa lebih selesa untuk berkongsi tip, serta pengalaman-pengalaman sya
.
.
Jadi hari ni saya nak kongsikan pada anda 3 Sebab Anda Perlu Dapatkan "Good Haircut", Saya nak ingatkan pada anda saya tidak akan kongsikan pada anda haircut mana yang bagus untuk anda.

Atau style. Saya hanya akan cakap pada anda kepentingan untuk dapatkan "Good Haircut" yang akan suit anda sebagai seorang individu,
.
.
So saya ada 3 Perkara Utama untuk dikongsikan pada anda.
.
.
Ia secara personal kepada saya, kerana saya banyak habiskan masa untuk tengok RAMBUT.
.
.
Yang pertamaa,

Bagi saya rambut akan memberikan kesedaran kepada rupa setiap orang bila mereka memberikan pendapat pertama pada sesorang..
.
.
Nak bagi faham lagi,
.
.
Bila kita lihat rambut sesorang, berapa panjang rambut dia, bagiamana dia styling rambut dia kita akan kenal pasti karakter seseorang itu, bagaimana kelakuan dia..
.
.
Maybe kita akan uu.. lelaki ni kuat, sado.
Brother ni serabailah, sakai pun ade...

Anda perlu jadikan haircut itu, anda punya..
Ambil serius kepada

Face shape anda
Panjang rambut anda
Texture rambut anda
Semua tentang anda secara fizikal
Bagaimana anda act

Anda perlu ambil serius tentang ini jika anda pergi mendapatkan haircut. It's sound like a lot.

Ia membawa saya untuk mengatakan sesuatu,

jika anda tertarik denga sesuatu haircut yang tengah trending, atau ada selebriti yang mengenakan haircut seperti yang anda inginkan.

Ia ada perbezaan untuk katakan
"Saya nak Zizan Razak Haircut"
"Saya nak Zizan Razak Inspired Haircut"

Perkataan inspired di atas akan bagitahu barber tersebut ia akan ada ruang untuk di ubah atau dicustomize kerana bukan semua orang memiliki bentuk muka yang sama, panjang rambut yang sama.

Melainkan anda bentuk wajah anda sebiji sama macam Zizan, then just go for it.

so that the point yang pertama.
.
.
Yang kedua, jika anda dapatkan Good Haircut, atau haircut yang padan dengan anda,  you will never have a Bad Hairday.
.
.
Sya boleh katakan ia berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jika anda lihat haircut saya sekarang dalam gambar dibawah. saya boleh katakan ia boleh dikawal dan saya sangat sukakannya.




Saya dengan confident bangun pagi dan katakan, "Man, I will do this".

Saya tak kata haircut yang saya miliki sekarang adalah good haircut, tapi saya katakan sya dapat haircut yang padan dengan saya. Ia sangat mudah untuk di control dan styling.

Dibawah saya ada share sikit gambar saya waktu zaman dulu-dulu, Just have a rambut yang sangat pendek sebab ibu saya adalah guru sekolah. Jadi, dia nak anak dia nampak sentiasa mematuhi peraturan.

Saya suka pakai glasses

.
.
Setiap kali bangun pagi, saya akan pakai hairstyling produk, dan terus pergi sekolah tanpa styling.
.
.
So far, saya bercakap tentang Good Haircut akan menunjukkan siapa anda sebagai seorang individu dan mempunyai Control Haircut akan memudahkan anda untuk menguruskan rambut, styling rambut..
.
.
So, kita akan move on ke point yang ke-3. iaitu styling
.
.
Mempunyai Good Haircut sangat membantu dalam proses styling. Anda tidak terletak pada style yang sama pada setiap masa. Anda boleh style rambut anda dalam bentuk yang berbeza.
.
.
Kalau anda lihat, gambar saya masa zaman sekolah dulu, saya hanya ada satu hairstyle saja, Dan rasanya hampir setiap hari iaitu spiky. Jadi sekarang saya mempunyai control haircut, saya mempunyai banyak cara untuk style rambut saya. Mengikut keadaan.
.
.
Untuk buktikan point itu, saya telah rakam video untuk anda tonton. Tapi ia masih dalam proses editing. So saya akan bagitahu anda bila ia akan di release. Jangan lupa untuk tonton ok.
.
.
Okay saya rasa itu saja yang saya dapatkan kongsikan. Jika anda sukakannya, Jangan lupa untuk tekan like button. '

Jika anda rasa ia bermanfaat, share kan nya kepada. Jika anda salah dan silap, harap anda boleh tinggalkan comment jadi saya akan perbaiki kesilapan saya itu.



Monday, November 28, 2016

Nasihat Saya Untuk Sahabat


Tadi saya ada kongsikan pada anda semua tentang masalah yang sahabat saya alami. Kalau tengok pada bentuk simptom awalnya saya syak yang rakan saya ni alami psoriasis. Tapi saya bukanlah doktor ke nak confirm kan sakit dia tu. 

Mengikut pengalaman dan rakan saya seorang doktor ni dia kata psoriasis ni terjadi disebabkan stress yang berlebihan atau kulit terlampau kering. Dalam gambar yang saya kongsikan dekat bawah sekali ni nampak kulit sahabat saya tu macam mengelupas. Macam melecur pun ada jugak.

Jadi, saya nasihatkan pada dia supaya pergi berjumpa dengan doktor atau pergi ke farmasi untuk kita confirm kan sama ada ia betul-betul psoriasis atau penyakit lain. 

Ini antara nasihat saya pada dia, 

1. Kurangkan merokok.
Merokok bukan sahaja boleh merosakkan kesihatan malah boleh menyebabkan kulit kita kering.

2. Banyakkan minum air putih.
Kurangkan minuman-minuman yang manis. Supaya kulit kita banyak menyerap air.

3 Elakkan daripada kulit kering
Senang cerita banyakkan mandilah supaya kulit tak berapa nak kering. Bila kering sakit dia mula lah datang.

4. Banyakkan aktiviti yang boleh buat rasa gembira.
Ni penting supaya nak elakkan dia daripada stress. Dah lah sakit, kena pulak stress lagi bertambah tambah sakitnya tu.

Itu sahaja nasihat saya untuk dia, untuk korang yang mengalami masalah psoriasis ni InsyaAllah boleh lah amalkan 4 benda ni untuk kita elak daripada penyakit tu makin menjadi. Mencegah lebih baik daripada merawat. 


Oh satu lagi, ibu saya juga nasihatkan kalau kena penyakit ni cuba perahkan air limau untuk hilangkan dia. Tapi satu je saya nak cakap. Memang pedih kalau tahan boleh la buat. Kalau tak boleh minta pergi farmasi atau klinik untuk dapatkan rawatan ye... 




Tuesday, November 22, 2016

Kajian Mendapati Wanita Gilakan Lelaki Berjambang

elitedaily.com
Untuk lelaki di luar sana simpanlah pencukur anda! Ini kerana ada kajian mendapati wanita lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan jangka panjang dengan lelaki yang berjambang tebal.

Laporan dari The Telegraph mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu wanita hanya tertarik untuk menjalin hubungan jangka pendek dengan lelaki yang jambangnya nipis.



Lebih tebal janggut seseorang, lebih lama perhubungan mereka, so pada mereka yang dah ada jambang dan masih berhubungan dengan teman wanita anda tidak perlu risau lagi kerana kajian sendiri telah memberitahu hubungan korang akan lama!


Kajian tersebut dilakukan oleh University of Queensland di Australia, ke atas 8,520 orang wanita dan meminta mereka untuk melihat beberapa gambar lelaki dan memberikan penilaian mengenai daya tarikan fizikal mereka.

Penilaian dibuat berdasarkan paparan beberapa imej lelaki yang tidak berjambang sehinggalah memiliki janggut tebal.

Wajah lelaki yang feminin dan licin tidak menarik minat wanita

lovepanky.com

Hasil dari kajian mendapati, wajah yang terlalu maskulin atau terlalu feminin dianggap paling tidak menarik.

Wajah berjanggut dilihat lebih menarik untuk hubungan jangka panjang.
Sementara itu, kajian Universiti Northumbria pada 2008 mendapati wanita lebih tertarik kepada lelaki berjambang nipis daripada mereka yang bercukur licin atau menyimpan janggut penuh.

Sumber : Mensive

Monday, November 21, 2016

Kisah Kenapa Saya Beralih Dari Gel Ke Pomade





Hari ni saya nak cerita sikit lah, kisah zaman-zaman saya sekolah dulu. Time tu, gel antara hairstyling produk yang paling up lah. Sape tak kenal gel ni?

sumber : mudah.my

Kalau tak silap saya gel Revive ni ada dalam dua atau tiga version, tapi yang paling popular of course lah “Wet Look” dan “Stronghold”.
Kedua-duanya ade focus yang tersendiri, so time tu zaman budak2 rambut spiky, so saya lebih minat untuk ambil yang stronghold lah. So, rambut pun boleh tercacak dan keras dalam masa yang lama.

Ok, cukup sampai situ. Now, back to the topic.

Jika anda perasan kedua-dua specs tu ada dalam pomade. Ya strong hold dan high shine. Jadi rambut anda akan kelihatan berkilat sepanjang hari dan yang paling penting tahan lama woo..

Kiranya, pomade memiliki pakej 3 in 1 yang tidak ada dalam gel.

Tambahan, perbezaan hold antara pomade dengan hold gel ni sangat ketara. Perasan tak bila kita pakai gel, rambut kita memang akan mengeras tolak pun tak tumbang, kan? Dan lagi satu, rambut kita akan kering. Perasan tak?

Berbeza pula dengan hold pomade, walaupun dia tak mengeras macam gel. Tapi rambut kita tetap stay macam tu je. Dan lagi satu rambut kita tak kering pun.

Mengikut kajian, kebanyakan punca orang lelaki Botak awal adalah kerana struktur rambut mereka kurang sihat.

Sebab apa?

Rambut terlalu kering bro..

Yes, exactly apa yang mahu saya katakan.

Jadi,  anda dapat sesuatu hari ni?



Semoga penulisan saya hari ini dapat memecah kebuntuan dalam kepala brader-brader sekalian ya. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan pomade anda, kami di Kacak Zone menyediakan Rising Up Pomade yang pasti dapat membuatkan anda jatuh cinta padanya.

10 Tips Pantas Untuk Anda Kelihatan Bijak

Setiap hari kita akan bertemu ramai orang, penampilan adalah yang pertama akan di nilai, ke mana kita pergi mata akan memerhatikan penampilan kita dahulu. Jika penampilan kita bagus secara automatik kepercayaan pada diri sendiri akan bertambah.

Oleh itu di sini ada 10 tips pantas untuk anda kelihatan bijak.

1.Mendiamkan Diri (Banyak Mendengar, Kurangkan Bercakap)


Pernah dengar pepatah lama menyebut anda mempunyai dua telinga dan jika mempunyai dua telinga sepatutnya anda akan menjadi lebih baik dalam pendengaran? Mendengar adalah satu skill yang patut di asah. Ia adalah kerana untuk memahami setiap patah perkataan yang disampaikan.

Ini adalah penting kerana apabila anda bertindak balas selepas mendengar anda akan dapat menjawab soalan yang sama dengan apa yang diperkatakan, untuk lebih mudah anda lebih memahami.

Jangan mendengar untuk menjawab. Anda pada mulanya mendengar kemudian menjawab dengan mudah tetapi amalkan mendengar kemudian memahami seterusnya barulah menjawab. Di situ anda dapat kelebihan.

2.Berikan Soalan Yang Baik


Bertanyakan soalan tidak semestinya anda tidak tahu jawapan tetapi anda seakan-akan mahukan jawapan kepada persoalan yang lebih banyak bermain di fikiran anda. Mencari jawapan boleh menampakkan kepandaian anda. Jika anda memberikan soalan kepada mereka yang memberikan jawapan secara tidak langsung anda dapat berinteraksi dengan mereka.  Perbualan tersebut akan nampak lebih menarik.

3.Hubungan Mata

Hubungan mata ada pelbagai jenis jika mata anda asyik turun ke bawah sahaja itu tandanya anda kurang keyakinan diri tapi bila anda terlampau merenung mata seseorang anda dikatakan terlalu garang pula. Oleh yang demikian hubungan mata yang biasa sahaja agar tidak nampak pelik. Untuk lebih elok pandang sahaja ke matanya jika anda tidak selesa tak usah pandang langsung!

4.Berkesan Gunakan Petikan


Pepatah lain yang popular juga ada menyebut jika ingin menyembunyikan sesuatu gunakan buku sebagai perisai. Kita telah jarang menelaah buku yang kita minati kerana kekurangan masa.

5.Dapatkan Tidur Yang Cukup


ips ini amatlah diketahui seluruh dunia. Untuk mendapatkan tidur yang cukup kita seharusnya pandai mengatur kehidupan. Di zaman yang serba canggih ini kita dapat melihat orang bekerja tiada mengenal erti penat. Sehinggakan mereka lupa untuk mendapatkan tidur yang sama-rata.

Tidur yang cukup dapat mengelakkan kita daripada tekanan dan juga menghindari kita dari sebarang penyakit.

 6. Pakai Cermin Mata


Tidak pandai tidak apa asalkan anda dapat bergaya dengan cermin mata. Pandangan orang apabila melihat anda berkaca mata pasti satu sahaja yang bermain di minda mereka iaitu orangnya mesti pandai!

7. Pakai bauan yang menyenangkan


Orang ada memberitahu bahawa lelaki yang berbau wangi ini menjadi tarikan setiap wanita. Termasuk juga lelaki yang pembersih mesti selalunya seorang yang wangi. Penting untuk diingati lelaki yang berbau harum ini selalunya berjaya di dalam bidang yang diceburinya.

8.Pakai Pakaian Yang Bersesuaian Dengan Bentuk Badan


Walau di mana anda berada walau di pasar malam sekalipun penampilan harus nampak menarik. Ini untuk menambahkan lagi keyakinan diri.

Pakaian yang bersesuai dengan bentuk badan.

9. Pakaian Yang Bewarna Merah


Merah adalah simbol kepada keberanian. Jika ada keberanian pasti datang keyakinan. Lebih dari 77 % negara ada menggunakan warna merah di dalam setiap benderanya oleh itu warna merah merupakan lambang  kepandaian seseorang itu.

10. Memanfaatkan teknologi terkini



Jika anda seorang yang celik IT, teknologi adalah perkara wajib bagi semua untuk dimiliki. Oleh itu kepandaian anda ketika menggunakan teknologi juga menjadikan anda tergolong di dalam golongan yang pandai.

Saturday, November 19, 2016

5 Sifat Buruk Ini Hanya Ada Pada Lelaki Kacak Sahaja!

Mesti ramai lelaki yang ‘perasan kacak’ sahaja akan baca artikel ini.
Lelaki kacak ni selalunya ada ramai wanita kelilling pinggang. Jadi, jika anda ni jenis forever alone, anda bukanlah diketagorikan sebagai lelaki kacak, tapi ‘tak berapa hensem je’.

Tapi tak semua lelaki yang rupa kacak memiliki hati baik. Harap muka je hensem tapi kaki perempuan.

Kami senaraikan 5 sifat buruk yang hanya ada pada lelaki kacak sahaja.

1. Jenis pilih bulu


Bila muka hensem, mula la nak pilih bulu. Nak yang cantik je. Konon baru la sepadan bagai pinang dibelah dua. Takkan la muka hensem nak dapat girlfriend rupa biasa-biasa je. Kalau dah dapat yang cantik, nak yang lagi cantik!

2. Jenis kuat perasan


Kebanyakan lelaki kacak ni jenis perasan. Dia ingat dia tu hensem gila. Tapi, ramai juga yang tak hensem kuat perasan. Konon ramai perempuan sukakan dia.

3. Mesti jenis kasanova



Memang tak pelik jika lelaki hensem ni ada banyak girlfriend dalam satu masa. Tapi jangan seronok sangat, takut-takut dapat pasangan satu spesies baru tahu.

4. Buat salah pun wanita akan maafkan


Ini salah satu kelebihan lelaki kacak. Hanya guna ayat manis je dah boleh cairkan hati wanita. Wanita ni pun satu hal. Kalau lelaki tu dah curang tak kisah la hensem mana pun, takkan la nak terima lagi.

5. Mata duitan



Bukan wanita je jenis materialistik, lelaki kacak pun sama. Mereka akan gunakan kelebihan wajah mereka untuk menjerat wanita dan jadi kaki kikis.

Sumber : Mensive

Wednesday, November 16, 2016

5 Tips Bersahaja UntuK Nampak Lebih Cool



Beritahu sahajalah yang anda memang menginginkan pandangan orang agar anda kelihatan lebih cool berbanding yang lain. Pada kali ini kami bawakan anda cara-cara untuk kelihatan lebih cool namun pada masa yang masa yang sama menjadi diri sendiri. 

Dalam artikel ini, kami akan kupas bagaimana cara untuk kelihatan cool dan gaya yang paling sesuai untuk anda kelihatan cool.

Jom ikuti beberapa tips berguna di bawah ini.

1. Berdiri Tegak




Apa yang membuatkan anda kelihatan menarik adalah cara anda membawa diri. Bagaimana cara anda berdiri dengan bentuk ubuh yang ideal adalah perkara wajib untuk kelihatan cool.

Psikologi sosial, Amy Cudden memberitahu bahawa, 3 Jenis Lelaki Yang Nampak Hodoh adalah ketika  merkea berjalan malas, slumping dan juga mereka yang kelihatan pendek.

Jadi, kami sarankan anda untuk lihat gerak geri tubuh anda agar orang yang melihat anda juga akan senang hati.

2, Pakai Cermin Mara Hitam Dari Rekaan Terkemuka


Ya memang betul, lelaki yang memakai cermin mata hitam akan nampak lebih cool. Oleh itu, pilih cermin mata yang sesuai dengan anda. 

Contoh, antara cermin mata hitam yang menjadi rebutan lelaki di Malaysia ni adalah RayBan dan OAKLEY. SPY juga mempunyai design cermin mata hitam yang STYLO dan mungkin sesuai dengan anda.

Cekidout!

3. Jaket Kulit



Sehingga kini lelaki di luar sana leih gemar memakai baju kemeja dengan tie. Tidak ramai yang menjadikan fesyen jaket sebagai inspirasi. Bagi saya secara personal, saya lebih memakai jaket berbanding memakai kemeja dan tie.

Pertama sekali, lelaki memakai jaket nampak lebih simple dan cool, tetapi ramai yang tak tahu bahawa jaket juga melambangkan kejantanana sesorang walaupun sehingga kini harga jaket kulit tidak pernah murah, kalau anda perasan?

Di era 30-an jaket kulit adalah lambing kekayaan seseorang.

4. Dapatkan Jeans Yang Padan Pada Kaki Anda


Setiap dari kita pasti mempunyai seluar jeans di dalam simpanan. Pastikan ia padan dengan kaki anda.

Kenapa?

Kerana seluar jeans yang padan dengan kaki adalah lambing lelaki cool.

5. SImpan Sedikit Rambut Pada Dagu.



Tidak ramai yang tahu bahawa wanita lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai jambang di dagu. 

Biarkan jambang anda itu tumbuh untuk beberapa hari kemudian lihat perbezaannya pada anda.


Pasti nampak cool!

Kredit foto : Pinterest

Tuesday, November 15, 2016

3 TIPS BERGAYA AYAH ANDA PERLU AJAR ANDA

Apakah yang seorang ayah mahukan dalam hidupnya

Mahu anaknya mempunyai kehidupan yang lebih baik daripadanya.

Artikel ini spesifik kepada seorang anak

Sebagai seorang ayah, kita memikul tanggungjawab yang sangat besar mendidik anak ke jalan yang benar. Ia telah menjadi satu duty kepada seorang ayah untuk mengajar anak mereka tentang dunia dan akhirat. 

Ok, back to the topic.

Ayah memaikan peranan dalam mengajar anak mereka tentang style.

Tetapi bagaimana jika anda merupakan seorang ayah, atau bapa yang baru nak berjinak jinak dalam style.

Artikel ini akan cover 3 perkara yang perlu seorang ayah ajar kepada anak-anak mereka.

1. Penampilan Anda Berkata Sebelum Anda.

First Impression Sangatlah Power.

Ini adalah perkara yang utama bagi seorang ayah ajarkan pada anak-anak mereka. Ramai mengatakan mereka "Jangan menghukum sesuatu pada luarannya." Tetapi dalam dunia realiti, ia memang terjadi.

Beritahu anak anda "The Way You Look, Will Define Who You Are." Dengan penampilan anda, orang boleh kenalpasti tahap akademik, jenayah, dan tahap kecerdasan anda.

First Impression ini penting untuk memperoleh trust dan cofidence daripada orang lain. Dengan itu, anda juga akan mendapat respect dan respon yang baik dari orang lain.





2. Style Is About Confidence

Seorang ayah perlu memberitahu perkara utama dalam gaya adalah keyakinan. Ia membuatkan anda akan berasa yakin untuk kelihatan bergaya dan menghalang anak untuk berada dalam zon selesa.

Tambahan, dengan penampilan yang bergaya anda akan lebih yakin untuk tampil bermasyarakat dan bernetworking. 


Contoh, jika anda berpenampilan selekeh, agak-agak ade tak orang nak berkawan dengan anda? Mungkin ada, tetapi tak ramai yang nak berkawan dengan anda.





3. Tali Pinggang, Aksesori Utama!

Seorang ayah yang baik akan sentiasa menyuruh anaknya memakai tali pinggang. Ini perkara yang utama yang ayah saya pupuk cakap ketika kecil dahulu. 

Walau apa pun gaya yang kamu buat, tali pinggang is Most Important. Dengan adanya tali pinggang, seluar yang kita pakai akan kelihatan terletak pada kedudukan yang smart. Pemakaian tali pinggang juga perlu dilakukan dengan betul. 

Bukan dibawah pinggang ye. Kalau macam tu baik tak payah pakai ye 




WALAUPUN TRAVEL SANA SINI, BRADER NI BJAYA BUAT RAMBUTNYA MAINTAIN SMART JE..

Hari ni, saya nk share pada korang semua satu story pasal brader yang bekerja sebagai despatch, tapi penampilan, TIP TOP MELETOP! Despatch selalu buat apa? Hantar surat sana-sini. Selalu naik apa? Ya, naik motor. Jadi apa yang selalu dikaitkan dengan orang yang naik motor?
.
.
HELMET !
.
.
Nak tau cemana citer brader ni? Ok.. Baca sampai habis ya?
.
.
Assalamualaikum, Hi semua!
.
.
Nama diberi Zairul Ramli. Panggil Rul je senang sikit. Saya berasal dari Johor Bharu, tetapi menetap di Kuala Selangor. Saya bekerja sebagai seorang "Mat Despatch".
.
.
Despatch-despatch jugak tapi, penampilan tetap kena jaga bro. Takkan disebabkan sy Mat Despatch, sy tak boleh nak bergaya. Semuanya terletak pada diri sendiri
.
.
Sbg org yg slalu gerak sana sini dgn moto tkde masalah lain, kecuali ini satu je, tapi nak cari penyelesaian punye le susah. Masalah "BUKAK HELMET RAMBUT SERABAI"
.
.
Dah bermacam-macam produk saya cuba,
.
.
Cream, tak menjadi..
Gel, tak menjadi..
Wax, tak menjadi..
Hair Spray, tak menjadi..
Pomade, tak menjadi jugak..
.
.
Hinggalah suatu hari, sy mengadu pd officemate sy. Dia cdgkan sy utk hubungi Abg Kacak
.
.
Sy pun mula2 was-was dgn Abg Kacak ni, boleh percaya ke. Betul ke dia boleh tolong aku. Sy pun buat tak kesah la.
.
.
Hari demi hari, Kacak Zone asik terpampang je dekat wall fb saya. Bukak je keluar diorg. Tanya balik pd kwn2 sya. Mamat ni trusted ke?
.
.
Diorg jwb nak tau trusted ke tak tnya sendiri. Saya pun ambil fon dan hubungi Abg Kacak dan ceritakan masalah saya
.
.
Abg Kacak pun bgtau saya utk org yang naik motor ni diorg perlukan pomade yg heavy hold. Barulah rambut tu boleh mantain macho je. Dia pun ceritakan pada saya cara guna pomade dgn betul

Gambar Yang Sempat Kami Snap Time Cod
.
.
Patutlah selama ni tak jadi, selama ni saya.
.
Main beli je pomade, tak baca betul2
Cara pakai pun salah, mana nak menjadi.
.
.
Abg Kacak pun cdgkan pada saya utk guna Rising Up Pomade. Saya pun terima cdgn dia dan nak cuba sendiri. Apa kelainan dia.
.
.
Walaupun heavy hold, rambut saya tkde la keras mcm batu lembut je, tapi bentuk dia still lg maintain sama. Ni I like bila bukak helmet, zas rambut dlm masih ok, kalau tak berapa okay sgt, just perlu sikat balik, rambut SMART balik.
.
.
Alhamdulillah, dah mula rasa jatuh cinta pulak pd RISING UP POMADE ni. Hari demi hari, dia tak pernah kecewa kan saya.
.
.
Nak pesan kepada brader2 semua. Kalau nak cari pomade yg berkualiti, cari Rising Up Pomade ya. Dekat mana tu, kena tanya Abg Kacak sendiri lah.
.
.
Bukan sekadar pomade sahaja korg dapat, segala tips gayakan rambut, jaga rambut, semua korg akan dapat.
.
Feedback Dari Bro Zairul

Amacam? Terbakar? Dapat sesuatu?
Kalau brader despatch ni pun pikir penampilan tu penting..Apatah lagi korg kan?
.
.
Ce share pada kawan2 korg!