Wednesday, May 18, 2016

Tips Berjimat Untuk Penampilan Menawan Ke Temuduga.

Selain cemerlang dalam akademik, penampilan juga memainkan peranan yang besar untuk sesebuah syarikat mengambil pekerja. Ini kerana pekerja tersebut merupakan aset syarikat atau mungkin menjadi syarikat dalam sesebuah acara. Jadi, dengan penampilan yang memuaskan anda akan lebih mudah untuk diterima bekerja.



Untuk mendapatkan penampilan yang kacak, hensem, mesti kena belanja besarkan? Tidak semestinya, nak berpenampilan kacak tidak semestinya dengan memakai baju yang mahal. Jadi, kami sertakan beberapa tips untuk anda mendapatkan penampilan yang smart di samping berjimat. Tips ini adalah daripada sumber Akhbar Metro dan beberapa tips dari pengalaman kami sendiri.

Pilih Jenama Murah.
Ukur baju di badan sendiri, beli pakaian ikut kemampuan anda lebih baik ambil yang jenama murah sahaja. Jika anda diterima bekerja, ok lah. Jika tak, kan dah jadi membazir tu.



Beli Pakaian Bundle.
Pakaian bundle merupakan alternatif yang sangat baik untuk anda berjimat di samping mendapatkan baju yang berkualiti. Ye barang yang dijual memanglah yang sudah digunakan. Tetapi kualiti dan jenama nya masih lagi sama kan?




Jualan Murah
Jualan murah pastinya akan dilakukan oleh mana mana empunya shopping complex. Di sini anda berpeluang untuk menjimatkan duit anda dan membeli pakaian anda dengan harga yang lebih murah.



Suai Padan Pakaian
Ini yang paling penting, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk temuduga, contoh kalau dengan syarikat korporat pastilah anda perlu pakai pakaian formal. Jika outdoor mungkin lebih sesuai memakai T-shirt berkolar. Jangan pakai T-shirt leher bulat. Tidak sesuai untuk dibawa ke temuduga.



Pinjam Kawan Baik Anda.
Ini merupakan jalan penyelasaian yang paling mudah sekali tanpa anda perlu berbelanja. Tapi anda perlu pastikan, rakan anda itu satu saiz dengan badan anda. Dan dia rela untuk meminjamkan pakaiannya untuk anda. Takut kalau dia tak rela nanti fail pula temuduga anda.


Jadi, itu sahaja yang kami dapat kongsikan pada anda. Kepada yang pergi ke temuduga, Selamat Maju Jaya kami ucapkan.

Credit : Metro

#kacakzone
#inspirasilelakisejati
#KZ03
    

No comments:

Post a Comment