Monday, May 16, 2016

GAYA RAMBUT CRISTIANO RONALDO SEPANJANG ZAMAN


Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang pemain bola sepak yang mementingkan penampilan di muka bumi ini. Beliau juga merupakan pemain bola sepak paling stylo di Eropah. Beliau bukan sahaja memiliki koleksi supercar yang serba mahal, tetapi beliau juga seorang yang mengambil berat tentang gaya gaya rambut


Disini kami akan kongsikan 10 gaya rambut Cristiano Ronaldo yang popular sepanjang beliau bergelar pemain bola sepak dunia


10. Penampilan Pertama

Rambut diawal kemunculannya bersama Sporting Lisbon. Masa ini ramai orang tidak mengenali beliau. Rambut ala " simple messy curl"


9. 2004

Selepas bergelar pemain Manchester United. Cristiano Ronaldo menukar penampilan dengan gaya rambut  "curl" yang lebih kemas dan cool.


8. Levis Campaign

Selepas menjadi model kepada levis. Cristiano menukar gaya penampilan yang lebih stylo dengan gaya mohawk


7. 2007

Dengan reputasi yang semakin meningkat, Cristiano Ronaldo mula tercebak dengan dunia fesyen. Gaya rambut ini merupakan gaya rambut popular yang pernah beliau buat. Rambut di potong nipis di bahagian tepi dan sikit sahaja dibelakang. Bahagian atas di "spike" sedikit supaya ia beralun menjadikan Cristiano Ronaldo merupakan pemain bola sepak paling stylo diatas padang


6. 2008

Semasa memenangi gelaran Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo sekali lagi menukar penampilan dengan gaya rambut mohawk sedikit. Ia memberikan penampilan yang nampak professional dan kemas




5. Tahun pertama di Real Madrid

Selepas berpindah ke Real Madrid, tiada lagi mohawk pada rambut Cristiano Ronaldo. Bahagian tepi tetap dinipiskan untuk memberikan penampilan yang kemas


4. 2009-2010

Rambut kali ini nampak kemas dan matang. Bahagian atas dipendekkan dengan gaya ala-ala mini mohawk


3. Rambut sporty

Sebagai pemilik kereta Lamborghini yang sporty, Cristiano Ronaldo tidak ketinggalan untuk mendapat gaya penampilan yang sporty. Rambut tepi dinipiskan dan bahagian atas dibiarkan. Nampak sporty dan nakal


2. Rambut ikutan ramai

Ini merupakan gaya rambut beliau yang paling popular. Bukan sahaja menjadi ikutan ramai, malah ada juga pemain bola sepak yang mendapatkan gaya rambut seperti ini. Nipis dibahagian tepi dan mohawk dibahagian atas


1. Mohawk pilihan Cristiano Ronaldo

Sepanjang Career beliau sebagai pemain bola sepak, gaya rambut mohawk telah memberikan tuah kepadanya. Gaya mohawk merupakan gaya rambut kegemaran Cristiano Ronaldo. Beliau nampak gah, bergaya dan kemas dengan gaya rambut itu



Inilah Cristiano Ronaldo, icon fesyen didalam dunia bola sepak. Setakat ini sahaja perkongsian kami, insyallah dimasa akan datang kami akan cuba kongsikan gaya rambut pilihan icon-icon dunia untuk tatapan anda



No comments:

Post a Comment