Wednesday, June 1, 2016

Lihat Bagaimana Artis Malaysia Menggayakan Rambut Mereka

Setiap orang ada cita rasa tersendiri. Bagi wanita, mereka sering bertukar tukar fesyen tudung, namun bagi lelaki fesyen rambut sangat penting. Bagi seorang lelaki rambut adalah mahkota mereka dan perlu dijaga sebaik baiknya.

Buzz Skin Faded

Fesyen rambut ini dipopularkan oleh Sharnaaz Ahmad. Sesuai untuk mereka yang berbadan berisi sedikit, kalau yang kurus tu bila buat nanti nampak pelik. Cara potongannya bahagian tepi dinipiskan dibahagian atas dan depan dinipiskan juga tetapi lebih tebal berbanding dibahagian tepi dan belakang. Tambahan, minta barber hilangkan line pada rambut ya.


Modern Side Part

Fesyen rambut ini sangat popular dalam kalangan artis baru di Malaysia seperti Amar Baharin dan Arja Lee. Style rambut ini mudah digayakan dengan hanya menyikat rambut ke bahagian tepi. Bahagian tepi dinasihatkan dipotong mengikut cita rasa anda, supaya rambut tidak kelihatan kembang


Glance.

Gaya rambut Glance ini sering digayakan oleh Zayn Malik, Tetapi di Malaysia, Gaya rambut ini dipopularkan oleh Zizan Razak. Gaya rambut ini sesuai untuk digayakan dalam mana mana majlis sama ada formal ataupun tidak formal.


Fohawk.

Gaya rambut ini dikaitkan oleh Awal Ashaari, gaya rambut ini kelihatan hampir sama seperti Mohawk, tetapi berbeza daripada struktur bahagian tepi rambut. Kalau macam gaya rambut Dato AC Mizal, itu sebenarnya Mohawk


Mohawk.

Dato AC MIzal adalah salah seorang artis yang sering menggayakan rambutnya dengan gaya rambut Mohawk. Gaya rambut Mohawk ini sangat mudah, dengan menipiskan senipis nipisnya pada bahagian tepi rambut, pada bahagian tengah dibiarkan sahaja.


Pompadour

Gaya rambut classic Pompadour sangat hot pada zaman ini. Ia mula dipopularkan oleh Wak Doyok, ikon fesyen terkenal Malaysia.
Gaya rambut ini menunjukkan gaya lelaki sejati. Perlu digayakan dengan menggunakan pomade. Kalau tak, confirm tak jadi.


No comments:

Post a Comment