Tuesday, January 10, 2017

3 RAHSIA DAVID BECKHAM KAMI BONGKAR


Ikon fesyen rambut dan bintang bola sepak, David Beckham sangat terkenal dengan penggayaan pelbagai style rambut. Kesempurnaan dari rupa paras beliau sangat membuatkan orang tergila-gilakannya sampai ada yang sanggup menghabiskan ratusan ribu duit untuk memiliki wajah seperti beliau.

Jadi, hari ini kami akan bongkarkan rahsia beliau yang membuatkan beliau sangat digilai ramai. Saya juga pernah teringin meniru fesyen rambutnya, tapi tak jadi. Aduh, malu pulak nak cakap. Mungkin tidak sesuai dengan bentuk wajah saya. 

So, anda dah ready!

Di sini kami dapati 3 Sebab Mengapa Apabila Anda Melihat Rambut David Beckham, Anda Teruja Nak Menirunya.

Okay, kita terjah satu-satu ya.

1. Bentuk Wajah Beliau 
Selepas mengkaji, saya dapati David Beckham ni mempunyai bentuk wajah Square atau Petak. Ini adalah salah satu speciality yang beliau miliki. Mengikut kajian 90% hairstyle yang ada di dunia ini boleh suit pada mereka yang berwajah Square ini.

Tetapi tidak untuk bald hairstyle, atau botak licin, anda pernah tengok David Beckham botak licin?
Paling kurang beliau akan dapatkan "Buzz Skin Faded" saya tak tahu pulak dalam bahasa melayunya apa. Maaf ye! 

Buzz skin faded hairstyle ni, hairstyle adalah potongan rambut yang pendek hingga hampir nampak kulit kepala. Tetapi pada bahagian sisi dan atas ada perbezaan dari segi pemanjangannya. Boleh rujuk gambar di bawah ya.


2. Tekstur Rambut Beliau
Selain bentuk wajah, tekstur rambut juga mempengaruhi kestylo-an David Beckham ni. Beckham memiliki tekstur rambut yang tebal dan beralun. Ini membuatkan beliau dapat membuatkan beliau sesuai untuk menggayakan gaya rambut dalam bentuk formal dan informal.

Contoh fomal hairstyle yang beliau sering gayakan adalah classic side part dan business cut. Bagi informal hairstyle adalah messy hairstyle. Nak tau rujuk gambar kat bawah ya. 



3. Volume Tak Berapa Tinggi.
Disebalik kekuatan, pasti ada kelemahannya, Rambut David Beckham tidak mempunyai volume yang cukup tinggi. Jika anda perasan, pernah tak anda tengok David Beckham mengggayakan pompadour. Ini kerana, pompadour memerlukan volume yang tinggi untuk menggayakannya. 

Jika anda tak de volume yang tinggi, minta maaf ya. Tapi ia boleh diubahsuai untuk kelihatan seperti pompadour. Ia dipanggil front pompaduour. Di sini, hanya bahagian depan sahaja kelihatan seperti pompadour, bahagian belakang, sepeti biasa sahaja. 

Ini yang beliau lakukan. Nak tau cekidout gambar kat bawah ya.



No comments:

Post a Comment