WhatsUp Guys!!
So,
Hari ni kita nak cover sikit mcm mana korang nak buat grooming routine. Kenapa grooming routine? Lelaki ni perlu ada grooming routine ke? Itu antara beberapa soalan yang sya terima. Kebanyakan masalah rambut gugur, rambut jarang ni bermula daripada kesilapan inilah. TIADANYA GROOMING ROUTINE.
Saya dulu pun pernah merasa masalah-masalah macam ni dulu, so lepas saya amalkan dan buat grooming routine ni. Alhamdulillah kesihatan fizikal sya jadi makin baik.
Panjang pulak berleter, sokay. . .
Dalam entri kali ni sya akan cover beberapa part penting iaitu grooming routine untuk bahagian rambut, kuku, dan jambang. Kulit memang sya tak cover sgt sebab masalah-masalah kulit ni sya tak bpe reti sgt. Tapi kali ni saya akan cover pasal rambut dulu. Yang lain, lain kali ya.
.
.
Ok jom mula,
Untuk bahagian rambut sya mula dengan pencucian rambut. Setiap orang takde rambut yang sama, ada org ni rambut dia straight, ada yang beralun dan ada yang kerinting. So, setiap penjagaan nya berbeza. Takpa kita go deep sikit okay.
Untuk mereka yang mempunyai rambut yang lurus ni dan beralun ni, penjagaan rambut mereka agak serupa, jadi saya gabung je terus.
- Basuh rambut anda setiap 3 atau 4 hari dengan syampu untuk meninggalkan kesan dari hairstyling product anda.
- Selepas basuh rambut dengan syampu, pakai hair conditioner atau minyak, saya cadangkan untuk anda pakai minyak argan. Yelah syampu terlampau byk sgt bahan kimia. Jadi minyak argan ni berfungsi untuk mengembalikan balik minyak asli pada rambut anda.
Untuk mereka yang mempunyai rambut yang kerinting pulak,
- Sila basuh rambut anda setiap 2 atau 3 hari dengan syampu. Jika anda nak rambut yang lurus. Cari syampu yang khusus untuk luruskan rambut.
- Selepas basuh rambut, mcm biasa kita nak kembalikan minyak asli pada rambut. Boleh ikut tips mcm yang untuk rambut lurus tu okay.
- Tambahan jika anda nak rasa rambut anda lembut, boleh cuba untuk dapatkan minyak kelapa. Tapi cara pemakaiannya agak rumit sedikit. Kalau nak saya ajarkan kena pm sya personal okay.
Selesai utk cucian, so kita move on ke Styling pulak.
Untuk hairstyling product, kita ada macam-macam jenis product dan setiap product akan berikan kesan yang berbeza.
Tapi, saya tak go deep untuk hairstyling produk ni. Kalau nak tau nanti tunggu kemunculan saya di youtube Januari ni okay.
Untuk hairstyling kita akan bahagi kepada dua aspek, hold dan shine.
Untuk hold yang baik saya cadangkan untuk menggunakan pomade, clay dan spesific wax. Tak semua wax ada hold yang betul-betul strong.
Untuk shine, yang high, anda juga boleh dapatkan pomade ataupun hair spray.
Jika anda memiliki rambut yang agak nipis dan rapuh, saya cadangkan untuk tidak gunakan clay. Kerana clay antara Hairstyling produk yang agak berat. Takut tak sesuai dan boleh jadi sebab rambut anda rosak.
Jadi, selesai bab styling, so kita masuk bab haircut.
Dapatkan haircut yang sesuai dengan anda dari segi bentuk muka dan tekstur rambut anda. Nak tahu kenapa pentingnya haircut ni. Anda boleh baca latest post saya di sini :
So saya rasa cukup untuk hari ni. Kalau bagi byk2 korang tak boleh nak hadam pulak. Kalau korang rasa nak tambah apa-apa. TInggalkan di ruang komen. Boleh saya tambah untuk next post.